Wednesday, 15 February 2012

Mati Dalam Hujan Renyai

Setiap hari ada sajer kemalangan jalan raya yang mengorbankan jiwa. Kelmarin, dekat dengan tempat kerja akus, berlaku kemalangan maut. Mengerikan....khabarnya penunggang motosikal terputus leher kerana terkena serpihan cermin kereta. Al-Fatihah. Semoga beliau dimasukkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Teringat aku pada kejadian dua tahun lepas. 

Jumaat
Alkisahnyer, dalam hujan renyai2 ketika pulang dari rumah ibuku,  aku ternampak satu kemalangan di jalan besar. Dengar cerita penunggang motpr maut. Selebihnya, tak tahu kisah kerana aku tak berani ah.



Perjalannya berakhir di pertengahan jalan. 
dia pergi dalam hujan renyai2......
betapa anak isteri menantinyer di rumah.



Sabtu
Ibu pergi mengaji bersama2 seorang rakan. Pulang dengan teksi. Suratan takdir, diturunkan betul2 di tempat kemalangan kelmarin. 

Teriber ajer, dua orang warga emas sepuluh tuh ternampak gumpalan kertas berterabur di tepi jalan. Ingat kan aper? rupa2nya duit.......rm50, 50,50....... Kutiplah demer berdua sambil takut-takut macam mengutip cendawan dalam kebun getah orang aje lagaknya.! Tak tahulah nak kata pengalaman indah atau menyeramkan... lillahi taala.

Pulang ke rumah, duk kiralah jumlahnya......rm900 ( lebih kurang lah, sebab ai ingat2 luper..). Waah, banyak tuh! agak2 baru dapat gaji kot. Terharu... Mak tepon aku, beritahu. Eh, beri jer kat ai....jahat..... he..he.

Mak syak yang duit tuh kepunyaan mangsa kemalangan kelmarin. Aku rasa pon gitu gaks. Mak juga siap tepon imam masjid dan imam tuss serahkan duit tu kepada pihak polis untuk diambil tindakan yang wajar. Wah..... komplit networking mak aku. Kelasss.

Maha Kuasa Allah sbt, betapa hari tuh berapa ratus orang dah lalu-lalang tapi tak seorang pon yang perasankan duit itu berterabur... Alih2 tok wan yang balik mengaji tuh yang nampak. 

Mungkin peristiwa itu adalah untuk menguji kejujuran dua orang tu.... apapun, Allahuallam.

No comments: