Thursday, 2 February 2012

Mydin, Pasar Raya Pilihanku

Pasar Raya Medin

Aku kenal dengan jenama ini ketika aku masih bersekolah. Kenalan ibu selalu membelikan aku cekak rambut yang cantik2. Katanya dibeli dengan reger yang murah di kedai Medin.

Lokasinya di sebelah hq BSN depan plaza Kuala Terengganu. Masa tuh kedainya sempit dan sesak. But ai suka sebab banyak barang yang aku suka selaku gadis remaja...

17 tahun yang lepas, aku beli butang baju Melayu untuk baju tunang AK. Warna hitam ada berlian kecik2. Hingga sekarang masih cantik, bersinar2 seperti baru. Regernya RM7.50. AK cukup sayang tapi sebutir sudah hilang apabila aku pinjam pakai di baju kurung. Cuai ngguh! nostalgia tuh.

Kini, Mydin berkembang pesat di bandar KT. Pon aku sebagai pelanggan kecil terus membeli barang keperluan di situ. Kala teman2ku mengatakan tidak suka ke sana kerana sesak, namun aku masih setia. Nak beli barang...ingat Medin. Begitu jugak anak2ku, begitu teruja kalau nak ke Medin. 

Satu perkara yang aku tak suker kat Medin. Yakni, barangan kosmetik diletakkan di rak di belakang kaunter. Nak tengok, nak pegang2 dan nak belek2............kena diambil oleh pekerja. Tak suker ah!! Bab niss ai suka kat Giant yang letak aje bebarang tersebut kat rak2. So, aku bebas mengkaji dan ulangkaji maklumat dengan suka hatinyer!! Kan nak beli produk kecantikan, kita kena belek betul2........baru puas hati. Dok gitu eh? Harap pasar raya kesukaanku itu akan menjadi mesra pengguna produk kosmetik pada suatu hari nanti...Amin.

Aku juga penyokong barangan 1 Malaysia. Murah dan kualiti baik. Pilihan terbaik pengguna yang berhemah tinggi seperti akuss. Hidup Medin!!!

Tadi pon aku ke sana, beli kasut adik yang dah koyak. Baru sebulan pakai ( bukan dibeli di sini). Aai suker Bata.  Kat Medin Mall nih ada Kedai Kasut Yu yang jual kasut2 nih. Masa beli baru ni, ingatkan jenama Bata .... tak perasan sebab adik dok beria-ia sangat dek ada gambar kartun Ben-10.  Baru 2,3 hari lepas baru perasan cap lain rupanya. Laaa.... patut pon!

Dari kecik lagi ai suka kasut Bata. Dulu Bata menjadi pilihan kerana murah, sekarang kerana mutunya........harga dah tak murah lagi. Hu..hu.

Semoga Mydin Holding tetap sukses selamanya demi membantu golongan yang memerlukan. Win2 situation. Luper pulaks, ai juga beli buku; MYDIN Di Sebalik Tabir, tulisan menantu Mydin. Sajer2 kot ada yang boleh dijadikan inspirasi..

Jom, g bbeli kat Medin, mengapa bayar lebih??

No comments: