Saturday, 11 February 2012

Basikal Fixie dan Rahsia Besar Aku


Basikal Fixie

 

Pada masa kini, basikal fixie menjadi fenomena. Di mana2 saja ramai orang menunggang basikal ini dengan besar hati. Bukan saja yang muda remaja, yang lelaki tua dan wanita tua pun teringin beraksi sama. Tak der salahnya, asalkan sihat walafiat. Dok gitu eh?

Semenjak dua menjak niss aku nampak ada bebudak sekolah menengah area ini yang sudi membawanya ke sekolah dengan senang hati. Bagus ah. Kalau dulu, jangan harap...ramai yang naik motor waima tanpa lesen JPJ ataupon lesen mak ayah!! 

Yang jadi problemnya, reger basikal ini tak setaraf dengan basikal yang biasa2 tuh. 6, 7, 8 ratus gaks sebijik. Janganlah anak2 aku teringinkan benda tuh. Pon aku tahu, kakak duk mengidam dalam diam…he..he. Maklumlah warna aneka bagai. Ada pink, kuning, biru... semuanya cantiiiik belaka.

Pada pendapat aku, tak sesuailah anak2 dara mengayuhnya bebas ke sana sinin sinun. Yang aku tak berapa nak berkenannya, anak dara siap beramai2 ngan bebudak lelaki. Siap bertepuk tampar lagi. Tapinyer, tak semua gitu kan? Ada gak yang menunggang bersama2 keluarga sebagai aktiviti riadah. Bagus kalau dalam kawalan mak bapak. Gitu eh..

Aku? Tak mo lah. Baik aku naik motor buruk aku tuss, malu ah tertonggeng atas celapak basikal. Aauw, tak rela ai. Ketinggalan sungguh mak cik nih…

Apapun, setiap teknologi tuh boleh menjadi baik dan buruk kepada kita. Terpulang cara mengendalikannya. Dok gitu??
 
Teringat zaman sekolah dulu kala, punya lah naik basikal ke sekolah. Bila berenti nak melintas, tibo2 ada sebuah lori balak lalu..........then?? tercabut tudung aku terkena hangin!!! sedar2 tudung ada kat kakiii.....eeii. kuang3. Rahsia ni spesel untuk blog aku niss. :-)

No comments: