Meskipun dah lewat, suasana kian sepi. Semua orang memenuhi fitrah untuk mati sementara.....hi..hi. Mujurlah tak der pulak suara anjing menyalak sayuuup seperti dalam cerpen yang skima tuh..
Masih ada dua orang dalam rumah nis yang bersengkang mata.. bukannyer membuat nasi lemak untuk jualan, tapi aku temani kakak buat latihan Matematik, cewaaah... ibu mitali nih. he..he. Maklumlah dia kan ada peperiksaan UPSR tahun nih. Sesambil tuh, aku melayani blog ini.
Memang aku menaruh harapan tinggi pada anak daraku nan sorang ini. Yalah kan, semua ibu bapa hendakkan yang terbaik untuk anak2 tersayang kan. Dok gituh?
Selalu aku pesankan pada abang dan kakak;
belajar pandai2 untuk bantu keluarga dan bantu orang lain jugaks...
Hanya melalui pelajaran sajer peluang itu terbuka untuk kita.
Pelajaran itu penting untuk masa depan yer sayang umi dan abah.
Belajar biar jadi murid cemerlang demi keluarga dan sekolahmu nan berjasa!!
aku peratikan, kakak memang sukakan cabaran.
Guud, kerana hidup penuh dugaan dan cabaran. Bukan senang nak senang.
Harapanku,
biarlah budak bertiga tuh menjadi orang yang baik dan berjasa kepada orang lain. Amin, ya Rabbal alamin.
Oh, dah beres yer kak, ai stop dulu eh.
No comments:
Post a Comment