Friday, 10 February 2012

Mandi Hujan? oh, bestnyer...

Pagi yang segar niss tiba2 terdengar rintik-rintik. Hujan? yess! aku suker hujan. Sebabnya dapat menyegarkan pepohon tanaman akus. Aku tak sampai hati tengok pokok2 itu layu dahaga ketika balik kerja. Rasanya nak segera beri minuman kepadanya...tapi mana boleh eh, kan mati muda pokok2 tus.

Biasanya, kalau hujan lebat...anak2 akan merengek nak main hujan. Boleh, tapi tunggu hingga setengah jam lagi. Biar segala debu dan kotoran turun duluan. Lepas tuh..horay!!

 
 
Sebenornya, masa kecik2 dulu akupun amat-amat suker main hujan. Punyalah seronok sampai tergigil2, gigi berlaga2 rasa nak luruh tapi still mandi. Sayang woo, bukan selalu dapat main. Aku lupa sama ada aku mintak izin atau tidak. Yang pastinya, kalau hujan lebat, aktiviti hiburan ni mesti dilakukan...Justeru, aku nak budak2 tu merasakan betapa bestnya mandi air hujan.



ha... sila awas air hujan yang memenuhi tong2 deram ni deh. 
kot2 jadi pusat giat nyenyamuk pulaks.

 

Selain tuh, aku suker gaks duk termenung atas tangga pabila hujan... oh, ai stop dulu sebab nak gi tolong wat sibuk kat rumah jiran. Tadi menjemput nak buat majlis baca Yasin lepas solat Jumaat...

No comments: