Tuesday, 21 February 2012

Samun Bersenjata Parang di Kuala Nerus, Terengganu

Menakutkan, menyakitkan hati...

Penyamun siap mengugut untuk menyembelih tuan rumah! 
Kejadian berlaku di Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Berjaya melarikan rm80 ribu tunai dan rm30 ribu nilaian barang kemas. Difahamkan duit yang banyak tu akan digunakan untuk membayar hutang.

Hmmm..., pelbagai teori boleh tercipta dengan kejadian tersebut. Di mana, orang ramai selalu jadi mangsa rompakan pabila mengeluarkan wang yang banyak dari bank. ??.

Mengapa manusia begitu kejam? Tidakkah mereka juga ada anak2, isteri, ibu, bapa dan adik2..... Jangan lupa pada hukum karma;  berbuat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat jugak.
 
Deme ada banyak duit hasil kerja kuat, pabila detik untuk menggunakanya...senang2 pulak orang jahat tuh merampasnya. Bayangkan situasi mangsa2 ketika itu.

Ya Allah, 
peliharakanlah kesejahteraan kami orang2 muslimin dan muslimat di serata alam. Kau lindungilah kami daripada kejahatan di dunia dan akhirat. 
Amin.

No comments: