Wednesday, 29 February 2012

Tahun Melompat

Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah ayuh  cepat
Mari kita pergi mengundi...

1.  Mengundi tahun nis?
2.  Orang yang lahir tahun lompat lambat tua, sebab umur 
     menginjak 4 tahun sekali.
 


Seorang Wanita Bertubuh Ramping

Dulu ketika aku menghadiri kursus, aku terpandangkan seorang wanita. Raut wajahnya cantik. Fizikalnya terlalu kurus kering. Kerempeng. Sesuai untuk jadi model antarabangsa dengan bodi sebegitu. Tahulah kan, semakin tiada isi semakin sesuai dengan kerjaya model. Pada mata normal kita buruk tapi itu yang didambakan oleh para pereka fesyen.

Hah, ada mau badan slim begini?
sebenarnya nis ialah wanita yang mengidap penyakit anorexia yang sentiasa berasakan diri mereka gemuk.


Adakah wanita itu mengamalkan diet yang kejam untuk mendapatkan bodi itus?? kagum jugak aku sungguhpun aku tak berkenan dengan stail kurus melidi itu. Namun pabila aku peratikan, dia makan secukupnya malah lebih banyak daripada aku. Ke mana perginya zat dan khasiat sehingga tidak menjadi darah daging untuknya...

Aku pon membuat pelbagai andaian untuk memuaskan hati. Pada firasat akus;
 
i.   wanita itu makan hati dalam hidupnya. Ada sesuatu yang terpendam di lubuk jiwa  
     yang tidak dilepaskan.... 

ii.  sakit tibi, kencing manis dan macam2

iii. sakit anorexia yang akan memuntahkan semula makanan yang dimakan.

Allahuallam....

Tuesday, 28 February 2012

Meskipun Langit Menangis...

Hari nis aku ke SMK Jenangor untuk menyaksikan Sukan Olahraga Daerah. Sesekali refres pasal alam persekolahan syok gaks. View sekolah niss sangat cantik, berlatar belakangkan bukit. Tuu... ader nampak.

Setiap kali ada acara sukan begini, pasti ramai orang kampung datang memberi sokongan termasuklah ai. Bukan aper, inilah hiburan tahunan akus di sini setelah penat bersawah bendang dan huma.... menanam padi untuk korang makan. he, he. 


Sesampainya akus, langit menangis dengan lebat. Nescaya, basah kejun apa yang ada di padang. Oh ya, luper nak kabo yang di Kg Jenagor ni lah terletaknya Empangan Tasik Kenyir. Kenal?

 
dia nih selalu muncul dalam hidupku.

 ala comelnya...  lady bug dari mana nih?
kirik kanan kirik...
 inilah barisan kita yang ikhlas berjuang, 
siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi...


Patriotik: 
Meskipun basah kuyup, namun mereka masih di situ.
hujan yang turun bagaikan air mata ( lagu sudir sebab masih mud dia..)

Monday, 27 February 2012

Sudirman, Tiada Galang Ganti

Sudirman oh Sudir, ...... suaranya bukanlah luar biasa, tapi kehadirannya umpama besi berani.

Aku terdetik untuk menulis pasal arwah lagi. Sebagai insan yang membesar dengan lagu2 nya, aku memang mengkaguminya. Seorang yang sanggup meninggalkan karier profesional demi cinta pada seni. Pada aku, beliau menyanyi dengan jiwa, penuh cinta dan penghayatan.

Memandangkan bulan nis, genap 20 tahun kepergiannya...... ada stesen tv yang mengambil peluang untuk mengenang kembali kehebatannya. Bagus...  dapatlah aku dengar merefresh zaman remaja. Amboi...

Tapi alangkah, aku kecewa dengan dendangan semula artis2 baru khasnya. Nyanyian tak sampai ke jiwa pendengar........hanya sekadar lontaran suara tanpa makna. Tak feeling........sepatutnya diorang berasa bangga dengan penghargaan dan kepercayaan untuk mendendangkan semula lagu2 seorang penyanyi besar yang hebattt!! Justeru, sampaikan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab. Oh...

Sudirman, sekali beliau bukak mulut menyanyi.... semua orang sudah terpukau. Terus dibuai perasaan hingga ke akhirnya. Terasa puas!....... 

 
Lirik lagu tulisan tangan arwah Sudir.

Al-Fatihah untuk arwah. Semoga damailah engkau di sana. Sesungguhnya setiap yang hidup akan mati...

Saturday, 25 February 2012

Siapa Gerangan Tetamu Itu

Siapakah gerangan tetamu yang datang melawat blog marhain aku ini. Memanglah blog aku tidak ramai yang sudi datang, tetapi pabila ada yang  datang dari negara2 luar., aku  rasa ajaib lah. Ada dari Rusia, USA dan Kenya. Latvia pon ado. Kalau tak tengok peta, aku tak tau wujudnya negara  itu.

 macam2 nama negara yang pelik di telingaku.


Mungkin kerana nama yang aku guna;  Che Dai ala2 orang rusia or kenya yang menyumbang pengunjung sesat dari negara luar tuh. Kelakar. Tau ke demer apa yang aku tulis. Entah2 lepas terbuka jer blog akus,  deme tus terus menyosall, tak pun telan pil tidur!... he, he...

Sehingga kini, ai dah semakin seronokkk menulis blog. Tak der orang baca?? aku baca... hmmm... Syok sendiri.

Friday, 24 February 2012

Penambah Perisa Makanan @ MSG

Setiap kali masak, mesti nak bubuh secubit manja msg atau popular ngan panggilan mesra tok aji. Ada orang tak pakai msg dalam masakan kerana pelbagai faktor. Ada yang kata penyebab kanserlah, darah tinggi lah, pening, skit kepala dan pelbagai lagi. ??? betul atau hanya  tuduhan sajer. Sebabnya tak der bukti...

Sebenornya, msg diguna secara berleluasa dalam hidup kita. Saper tak suker kfc, mc donak, dan aneka junk food yang digemari kanak2 tuh. Malahan keropok lekor, budu dan air tin pun dibubuh msg dengan jayanyer... oh.


Untuk lebih yakin, aku godeh2 dalam google nak cari kepastian....

1. Tahun 1987, Joint Expert Committee on Food Additives (JECFA) Jawatankuasa Pakar  Bersama Mengenai Aditif Makanan Bangsa-bangsa Bersatu (sebuah badan penasihat saintifik kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta WHO), menempatkan MSG dalam kategori bahan penyedap masakan yang selamat digunakan dan tidak mempengaruhi kesihatan. 

2. Pernyataan ini diperkuat oleh European Communities Scientific Committee for foods pada tahun 1991. 

3. Selanjutnya, pada tahun 1995 Badan Pengawas Ubat dan Makanan Amerika Syarikat menyatakan bahawa MSG termasuk sebagai bahan penambah perasa masakan seperti halnya dengan garam, merica dan gula.

Okay lah tu.

Kawan aku selalu cerita yang suaminya selalu merungut2 mengatakan masakannya tak sesedap makanan di kedai.  Amboi banyak cantikk... tau tak? makanan di kedai tuh bubuh msg dengan maharaja lela nya, sedangkan isteri dilarang guna. Menyampeh akuss...

Seorang temanku yang nih jugak tak guna msg, tapi mereka sekeluarga  jarang makan di rumah dan keraaappp makan di luar! he, he... kotnya jumlah msg sekali hadap tuh mungkin seminggu aku...huh.
So pada aku lah, guna dengan kadar yang berpatutan tak der salahnya. Lagipun kalau letak berlebihan bukan sedap pun makanan, jadi loya adalah.... sendiri mau hingat.

 
 aku lebih prefer adabi punya produk. Syarikat muslim kan...
tapi adakah msg niss kepunyaan ori adabi atau sub daripada aji no moto? ai tak tahu.

Topik hari nis bukannya nak galakkan orang guna tok aji, tapi sesajer nak puaskan hati...he.

Thursday, 23 February 2012

Tetamu Kecil Kakak

Tadi kakak membawa pulang 2 rakan ke rumah. Pada firasat aku lah, mungkin itulah rakan terbesstnyer di dunia ini. Pasal per aku kata begitu? sebabnya kakak dengan relaa hati menayangkan  biliknyer yang huru hara, kacau bilau tuss menjadi santapan mata kengkawannya. Sedangkan, dia selalu menutup pintu biliknya agar mata aku tidak dapat menangkap rahsia kerajinannyess......aduhai anakk. 

Berbalik pada kengkawan kakak tuh, aku suruh mereka sediakan makan tengah hari sendiri. Bukan aku maleh nak masak...tapi sesajer nak latih kakak bertanggungjawab melayan tetamu. Gitu eh. Menunya; nasi goreng. Boleh tahan gaks ah citarasa mereka bertiga. Padan lah kalo duk canang cita2 pabila besar nak jadi chefff....

Okay ah nak jadi chef, senanglah aku dan hb oder.... ais krim tempoyak 2!! 






sibuk gadis2 kecil niss masak nasi goreng... bole caya ke idok nih? 
masak2 gaks, udoh mandi ke belum mek oii...


Terkadang malu gaks menerima tetamu yang belum pernah datang. Sebabnya rumah aku tak berapa nak jadi terapi minda. Tapi aku tak berapa kisah sangat, sebab rumahku syurgaku kan....memang bukan syurga orang lain. Makanyer, ada aku kisah? he..he sombong.

Wednesday, 22 February 2012

Sudirman Dalam Ingatanku

Pada 22/2/1992 beliau pergi tak kembali. Aku yang membesar dengan lagu2 dendangannya seolah tidak dapat menerima kenyataan. Memang aku minat  pada lagu2nya hingga kini.

 

 aku paling suka lagu duet ngan anita sarawak.....
bercanda di pasiran pantai kita berdua memadu asmahara....
comel dan nakal


Masih jelas di ingatanku, aku tahu berita itu melalui tv cina di kampungku.. Waktu aku ke kedainya untuk membeli barang, aku menjadi pelik kerana suasana sunyi dan suram ajer... manakala TV3 pula menyiarkan video lagu Salam Terakhir. Dia maklumkan padaku bahawa Sudiman telah meninggal. Arghh...menitis air mataku ke dalam hati dek kerana cuba mengawal emosi. Kan dikata pulak aku melankolik pulak.....

Aku suka bacer catatan Dari Dalam Sudirman yang banyak bercerita tentang pengalaman pengembaraan beliau ke serata dunia. Masih ku ingat akan salah satu catatannya tentang beliau makan mi di rumah keluarga angkat orang putihnya. 

Keluarga angkatnya tahu bahawa anak angkatnya itu beragama Islam dan  tidak boleh makan babi. Ceritanya lebih kurang gini ah, tapi dalam versi aku.....

Pada suatu hari, ibu angkatnya memasak mi ( sup ?) yang berkuah. Habis semangkuk, beliau ingin menambah lagi. Perbuatan itu adalah untuk mengambil hati... maka, demi tidak mahu menyusahkan ibu angkat, dia pon ke dapur untuk menceduk mi sendiri. Tetiber beliau ternampak daging2 dalam periuk. Lalu ditanya, daging apakah itu?....

oh, itu daging babi...
kan sudir tak boleh makan daging babi, jadi mak sendukkan elok2 agar daging tu tak termasuk dalam mangkuk.
Laa....

Hari nis, genap 20 tahun kepergiannya.  Namun, sudirman tetap abadi dalam ingatan rakyat Malaysia. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah untuknya, semoga beliau ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Semua yang hidup akan ke sana jua.



Tuesday, 21 February 2012

Kepada Yang Suka Roti Canai

  suker roti canai takkk?


aku panggil ringkas ajer...rc.

Aku memang suker makan roti canai cicah kuah kari pekat. Fuhh...terbayang2 roti canai nih. Pun begitu macam2 cerita pasal roti canai. Ada yang terjumpa lipas lah, bulu lah dan pelbagai benda ajaib lagih. Tak patut tu weh.

Aku pernah gaks terkena. Suatu hari nan cerah aku dan AK ke kedai roti canai yang best di tempat aku. Hari tuh, aku oder lah 4 biji. Sedang syok mencarikkan roti, tiber2 ai ternampak banyaknye kaki tangan lipas dalam kuah. Ya Rabbi... serta merta tekak akus kembang-kembong. Agaknya badan si lipas2 tuss dah terburai-urai dikucau2 dalam periuk kari. Werc....

Kawan aku pulaak... sedang syok mencicah tiber2 terbau bau ala2 tahik orang... hiss pengotor ngguss. Baru2 ni aku terbaca kisah studen yang nampak mamak menguli rc dengan kaki  di belakang kedai. Pabila ditanya kenapa? jawabnya sebab tangannya tak kuat untuk uli doh sebanyak 500 biji sehari. Guaner gamak?

  
 aku tak bermaksud mengata, 
tapi nak makan rc tu agak2 lah... 
yang penting kebersihan diri penebar dan kedai. 
Biar cerewet asal tak menyesalll..


Kepada yang rajin mencuba tuh, boleh cuba2 buat rc sendiri. Di sini aku copi peskan resepinya. Semoga empunya resepi bertambah2 pahalanyer. Aku pun nak terai lah hari Jumaat ning! ewahh, betul ke ni?

Roti Canai

menghasilkan 12 - 16 rc.

Bahan: 

550 gm tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh garam
1 sudu teh butter/marjerin

Cara:

  1. masukkan air, telur, susu, garam dan mentega ke dalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi ke dalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh.
  4. rehatkan doh selama 10 minit
  5. uli lagi selama 5 minit
  6. ulang langkah no 4 dan 5 sebanyak 3 kali.
  7. Selepas kali ke-3 proses  uli dan rehat, doh bertambah kenyal dan tak melekat. maka nyer, jgn risau kalau semasa proses pertama tadi doh maasih melekat2 di tangan. Jikalau  lembik lagi selepas uli dan rehat, tambah sedikit tepung.
  8. bentuk doh bulat2. Perap selama 3 jam atau lebih.
  9. Selepas dibulatkan, sapu dengan majerin, simpan. 
  10. Semasa nak tebar pulak, hendaklah ditekan2 dulu sebesar tapak tangan, dan rehatkan lagi selama 10 minit. 
  11. Tebar atau tarik2 dan bakar atas kuali leper dengan api sederhana. 

Pesta Layang-layang Pasir Gudang

Pada 20 Feb lepas, berlangsungnya Pesta Layang-layang di Pasir Gudang. Bess nye kalau aku berkesempatan melihatnya secara live.

Antara impian aku yang belum terlaksana ialah membawa anak2 ke pesta layang-layang tu.  Kononnn... bawak anak2, padahal maknya yang terujass sangat. Setiap kali menonton or membaca surat kabar tentang pesta ni, pasti membuatkan aku terkilan! aku teringin ke sana tapi apakan daya hamba....

 aku suker tengok layang2... yang terputus talinya lagi cantik.
masa kecik2 dulu, aku buat wau pakai kertas surat kabor aje. 
Menitik2 air liyo, tapi waunye tak naik2 pon.


Satu sebab pesta itu nun jauh di selatan. Keduanya masa berlangsung tidak makan siku dengan alam persekolahan. Kalaulah festival antarabangsa tuss berkebetulan dengan cuti sekolah...pasti aku sudah ke sana dengan jayanyer. Naik kereta api pon okay gaks.

Kakak aku kata, dari rumahnya boleh nampak layang2 berterbangan di langit sana. Ohhhh....tapi aku dan keluarga akan ke sinun jugaks pada suatu hari nanti. he, he..


wau bule, e wau bule, wau bule teraju tigo...

Samun Bersenjata Parang di Kuala Nerus, Terengganu

Menakutkan, menyakitkan hati...

Penyamun siap mengugut untuk menyembelih tuan rumah! 
Kejadian berlaku di Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Berjaya melarikan rm80 ribu tunai dan rm30 ribu nilaian barang kemas. Difahamkan duit yang banyak tu akan digunakan untuk membayar hutang.

Hmmm..., pelbagai teori boleh tercipta dengan kejadian tersebut. Di mana, orang ramai selalu jadi mangsa rompakan pabila mengeluarkan wang yang banyak dari bank. ??.

Mengapa manusia begitu kejam? Tidakkah mereka juga ada anak2, isteri, ibu, bapa dan adik2..... Jangan lupa pada hukum karma;  berbuat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat jugak.
 
Deme ada banyak duit hasil kerja kuat, pabila detik untuk menggunakanya...senang2 pulak orang jahat tuh merampasnya. Bayangkan situasi mangsa2 ketika itu.

Ya Allah, 
peliharakanlah kesejahteraan kami orang2 muslimin dan muslimat di serata alam. Kau lindungilah kami daripada kejahatan di dunia dan akhirat. 
Amin.

Friday, 17 February 2012

Hantar Makanan ke Masjid Sempena Maulud

Malam tadi, kakak ipar tepon ajak pergi masak rumah mak mentua. Nak masak sempena Maulidur Rasul. Dah jadi amalan, sempena maulud, setiap rumah hantar satu set hidangan untuk dihantar ke masjid. Memang amalan rutin setiap tahun di kampung. aku rasalah, kat kampung lain pon ada gaks kan.

Hari nis pagi2 lagi aku ke rumah mentua. Menu mentua aku tuss samer jer every2 years... kira menu paling hebat lah. he, he...

Biasanya kalau ada hal, aku pergi melawat hidangannya pada waktu petang. Masa tuh semua sudah redi, semua orang sudah makan. So, aku dan famili aku bisa bantai sepuas2nyess apa yang aada. ....bess memang bess. Tapi takkan setiap tahun nak buat perangai huduh kan.

Jadinya, tahun ni aku memfreekan diri, so bolehlah aku menyumbang lidah tajamku untuk merasa masakan. Aku memanglah terer bab2 merasa masakan orang. Maklumlah lidah chefff kan sensitif pada rasa manis, masin, masam, payau dan aneka rasa lagih. Dok gitu eh? dan kepakaran aku tuss dah menurun kepada kakak nampak nyer. Khelass...

 
set hidangan yang popular di rumah mentua akuss. Tak der orang lain yang boleh celeng... mungkin tahun niss paling sodap sebab aku yang masaak.....
 he, he..( jangan mare kak ni and johh ...)


Saat yang paling suspen ialah pabila talam tu dibawa pulang. Kalau licin jer makanan  dalam pinggan mangkuk tus, maknanya masakannya sodap. kembang kempis lobang hidung tukang masak. Tapi, kalau macam orang makan jimat2 serta berhemah tinggi tuh... pahamlah tuan rumah deh, tahun depan tambah MSG banyak lagi. Cian... Yang pastinya, hari ni talam tus licin licau lagik. Oh, apakah ertinya aduhai teman2?? ....

Thursday, 16 February 2012

Cantik...karya tekun dan kreatif







Nenek Umur Remaja....

kah..kah..kah....

tergelak besar aku pabila membaca berita itu dalam Utusan Malaysia hari nih.  Ngaper boleh jadi gitus? tak rela ai.

Itulah kisah lucu tapi renyah yang terjadi kepada nenek Puan binti Ahmad dari Perlis. Dengan nombor ic 960421020058 menunjukkan beliau baru berumur 16 tahun walhal umurnya sekarang 90-an. Kesilapan ini disedari oleh cucunya, 21 tahun ketika menghantar nenek itu ke klinik untuk dapatkan rawatan. Kerani klinik yang dilanda kepelikan terlampau itu telah memanggil cucunya untuk kepastian. Yalah, nak kata awet aperr?

Demi tidak rela diri berumur muda remaja, nenek Puan telah pergi ke JPN. Pun begitu, dia dimaklumkan bahawa tidak perlu membuat ic baharu kerana tidak akan membawa apa2 kesan. Ini kerana hanya kesilapan tarikh lahir sahaja... Gitu pulaks.

Kalo lah kesilapan begini jadi pada sang artis tua berjiwa muda, tentu tak jadi hal lah benda2 kecik ni....ai sibuk, tak der masa nak ke JPN....gitu eh. he..he..

Disebabkan umur yang awet remaja, makanya nenek ini terlepaslah peluang untuk mendapatkan bantuan yang layak. Contohnya Bantuan1 Malaysia. Aduss, rugilah kan. Kesianlah pulak.


kp lama niss... hensem nyess mantan PM ke-4 kita. 
KP aku duluss masa 12 tahun pun gini gaks.

So, kepada kengkawan yang menukar kp baharu or anak2 yang baru dapat kp, harap check betul butir2 diri tuss. Kang dibuetnya umur lebih tua daripada tuan, lagi paraaahh. 
Macam2 hal...

Wednesday, 15 February 2012

Mati Dalam Hujan Renyai

Setiap hari ada sajer kemalangan jalan raya yang mengorbankan jiwa. Kelmarin, dekat dengan tempat kerja akus, berlaku kemalangan maut. Mengerikan....khabarnya penunggang motosikal terputus leher kerana terkena serpihan cermin kereta. Al-Fatihah. Semoga beliau dimasukkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Teringat aku pada kejadian dua tahun lepas. 

Jumaat
Alkisahnyer, dalam hujan renyai2 ketika pulang dari rumah ibuku,  aku ternampak satu kemalangan di jalan besar. Dengar cerita penunggang motpr maut. Selebihnya, tak tahu kisah kerana aku tak berani ah.



Perjalannya berakhir di pertengahan jalan. 
dia pergi dalam hujan renyai2......
betapa anak isteri menantinyer di rumah.



Sabtu
Ibu pergi mengaji bersama2 seorang rakan. Pulang dengan teksi. Suratan takdir, diturunkan betul2 di tempat kemalangan kelmarin. 

Teriber ajer, dua orang warga emas sepuluh tuh ternampak gumpalan kertas berterabur di tepi jalan. Ingat kan aper? rupa2nya duit.......rm50, 50,50....... Kutiplah demer berdua sambil takut-takut macam mengutip cendawan dalam kebun getah orang aje lagaknya.! Tak tahulah nak kata pengalaman indah atau menyeramkan... lillahi taala.

Pulang ke rumah, duk kiralah jumlahnya......rm900 ( lebih kurang lah, sebab ai ingat2 luper..). Waah, banyak tuh! agak2 baru dapat gaji kot. Terharu... Mak tepon aku, beritahu. Eh, beri jer kat ai....jahat..... he..he.

Mak syak yang duit tuh kepunyaan mangsa kemalangan kelmarin. Aku rasa pon gitu gaks. Mak juga siap tepon imam masjid dan imam tuss serahkan duit tu kepada pihak polis untuk diambil tindakan yang wajar. Wah..... komplit networking mak aku. Kelasss.

Maha Kuasa Allah sbt, betapa hari tuh berapa ratus orang dah lalu-lalang tapi tak seorang pon yang perasankan duit itu berterabur... Alih2 tok wan yang balik mengaji tuh yang nampak. 

Mungkin peristiwa itu adalah untuk menguji kejujuran dua orang tu.... apapun, Allahuallam.

Tuesday, 14 February 2012

Anak Aku Bawa Bekal

Kedekutnya iyerr....

mesti ramai yang tuduh aku kodokut kan... sebab tapaukan anak2 bekal. Sebenarnya nis bukan pasal kedekut ke idok. Ceritanya kes sakit ati. Kat saper? sakit ati kat adik...

Tahun ni kan adik masuk darejah 1. So, aku berikan wang belanja lah kat dia. Amboi...kan main lagi. Bebas beli makanan tak semengah cam naget, keropok dll. Sedangkan aku dah berpesan agar dia beli nasi or mi untuk kenyangkan perut., selebihnya belilah apa pon. Tapi, bila ditanya2 makan nasi ke tak? dia hanya gelengkan kepala. eeeii, geramm.
Ginilah lebih kurang dialog drama aku dan adik.

Adik beli kepok.... jawabnya takut.
tuh, kepok yang umi beli, naper tak makan?
yang umi beli panjang... adik nak yang pendek2!
pulaks...

memanglah keropok lekor kat kantin tu cuma seruas jari budak ajer 10 sen. Nak gaks 2 hinggit baru terasa kat tekak.

Sejak hari tus, pagi2 aku masakkan mi or nasi sebab nak pastikan dia kenyang kat sekolah. Barulah dapat tangkap pelajaran kan? Sebenarnya aku jugak kagum ngan diri sendiri nih. Aku pon tak pasti sampai bila aku boleh bertahan dengan memasak pagi2 sebelum kerja.  Hajatnya nak teruskan sehingga dia biasakan diri makan makanan yang mengenyangkan pada masa rehat. Tabik springgg!! toing..toing...



sonang jer nak sediakan sandwich nih kan.. nak cantik tambah timun dan tomato.


Pada mulanya adik tak berapa suker, katanya nanti kawan2 nampak dan mintak... pandai dia berdalih. Ah..tak kira, kalau kawan mintak bagi jer. Akhirnya dia akur. Berbeza pulaks dengan kakak, dia nampaknya gemar kalau aku tapaukan. Katanya aku masak bess giler.. iyolah kau..

Aper pon, bekal2 jugak.... duitnya sama ajer mau nyess... jimat ke?

esok nak menu aper hah.. 

Monday, 13 February 2012

Awas!! Wanita Dpukau dengan Emas

Bagi orang tua dulu2, wanita pabila dah kahwin mesti pakai barang kemas emas kendatipun sebesar janggut udang. Kalau tidak suaminya akan dilabel sengkek. Rendah martabat di mata mentua raya. Semakin banyak emas bergayutan pada badan, semakin bagus dan tinggi status di mata orang. Betul tuu.. sebab harga mas kan meningkat dari masa ke masa. 

Tadi ada orang koperasi datang ke tempat kerja aku. Promote supaya jadi ahli. Ohhh, ai dah jadi ahli dan sudah jadi peminjam tegar!! he, he.. .tersongeh2 si promoter tuh. Mungkin kali pertama dengar pengakuan yang begitu telus dan mulus.

Then, diorang dekat padaku dan buka sebuah beg kain yang buruk kelepuk.... jeng, jeng...jeng... WOW! banyakk nyess barang kemasss... ai seh, nak...nak. Aku kena pukau. Naik berpinau mata kuss.
 
 
 

 emas RM180 pergram termasuk upah dan insurans ( maklumlah utaanggg...) aku tak beli pun tadi sebab semuanya berat2 dan besar2 belaka. Bukan tak elok yang besar tapi takut pokek aku demam tak kebah2 nanti... hu..hu.


 
satu pelaburan yang bijaksana...oh.. 
best gaks kalo aku dapat bantuan 1 Malaysia, kan??


Sunday, 12 February 2012

Sejadah Solat?

Aku dengar dalam berita TV3 tentang kisah sejadah solat. Kejadian berlaku di sekolah maahad di Pahang. Seingat aku, nis adalah peristiwa yang sekian kalinya terjadi. 

 Sejadah solat aka berdiri sudah acap diperkatakan

Percaya? kerana Allah Maha Berkuasa menjadikan setiap yang dikehendaki.

Namun, aku berharap ada kejujuran di sebalik cerita tersebar. Takut pulak berlaku  angkara gurauan atau kenakalan bebudak  tak cukup akal....

Apapun, Allahu Akbar.

Kisah Lucu, Ayam Brand vs Pati Prune Inner Shine

Pada suatu masa lama dahulu, aku sekeluarga pergi ke Giant untuk beli bebarang keperluan. Tengah ralit pilih2 barang, tetiber abang dan kakak menunjukkan pati ayam bren. Budak2 tuh nak minum benda tu??. Okay ah...

Terpikir gaks......bagusnya bebudak sekarang, pandai pilih makanan yang berkhasiat, tak macam akus masa kecik2 dahulu...mana tau zat dan khasiat bagai. Teruja lah aku punya anak2 yang genius sejak kecil. 

Malamnya, tak sabau2 lah dua orang budak tu nak minum. 
" umiiii......" jerit kakak.
" wai??"
"kakak bukan nak benda niii..."
 rupa-rupanya mereka tersalah ambik, fahamlah aku hajat besar diorang nakkan pati prune.

" umi tak kira, mesti habiskan jugak sekotak ni....tau" arahku dengan kejamnya. Kesian..

Seterusnya, aku terdengar bunyi werk...werkkk yang diselangi dengan derai ketawa mereka. Lepas tuh, werrrkk.... lagi sampailah habis sebotol seorang. Esoknyer sudah tak tertelan oleh mereka. Sebenarnya, aku bukanlah nak menzalimi anak2 tapi sajer nak beri pengajaran.

Hasil pengaruh iklan tv...  
nak beli yang ni ke yang di bawah niss?? 
agaknyer itulah monolog demer 2 orang tuh.

" tuu lah, lain kali kalau nak beli sesuatu kena pastikan betul2 deh!" nasihatku penuh hemah. Semenjak itu, aku peratikan si kakak dan abang dah pandai teliti barang sebelum dibeli. Kakak tu berlebih2 pulaks, cerewet.

Saturday, 11 February 2012

Basikal Fixie dan Rahsia Besar Aku


Basikal Fixie

 

Pada masa kini, basikal fixie menjadi fenomena. Di mana2 saja ramai orang menunggang basikal ini dengan besar hati. Bukan saja yang muda remaja, yang lelaki tua dan wanita tua pun teringin beraksi sama. Tak der salahnya, asalkan sihat walafiat. Dok gitu eh?

Semenjak dua menjak niss aku nampak ada bebudak sekolah menengah area ini yang sudi membawanya ke sekolah dengan senang hati. Bagus ah. Kalau dulu, jangan harap...ramai yang naik motor waima tanpa lesen JPJ ataupon lesen mak ayah!! 

Yang jadi problemnya, reger basikal ini tak setaraf dengan basikal yang biasa2 tuh. 6, 7, 8 ratus gaks sebijik. Janganlah anak2 aku teringinkan benda tuh. Pon aku tahu, kakak duk mengidam dalam diam…he..he. Maklumlah warna aneka bagai. Ada pink, kuning, biru... semuanya cantiiiik belaka.

Pada pendapat aku, tak sesuailah anak2 dara mengayuhnya bebas ke sana sinin sinun. Yang aku tak berapa nak berkenannya, anak dara siap beramai2 ngan bebudak lelaki. Siap bertepuk tampar lagi. Tapinyer, tak semua gitu kan? Ada gak yang menunggang bersama2 keluarga sebagai aktiviti riadah. Bagus kalau dalam kawalan mak bapak. Gitu eh..

Aku? Tak mo lah. Baik aku naik motor buruk aku tuss, malu ah tertonggeng atas celapak basikal. Aauw, tak rela ai. Ketinggalan sungguh mak cik nih…

Apapun, setiap teknologi tuh boleh menjadi baik dan buruk kepada kita. Terpulang cara mengendalikannya. Dok gitu??
 
Teringat zaman sekolah dulu kala, punya lah naik basikal ke sekolah. Bila berenti nak melintas, tibo2 ada sebuah lori balak lalu..........then?? tercabut tudung aku terkena hangin!!! sedar2 tudung ada kat kakiii.....eeii. kuang3. Rahsia ni spesel untuk blog aku niss. :-)

Wanita Telan 2kg Gincu?

Aku percaya semua wanita suka bersolek. Sama ada tebal ala opera ataupun secara ala kadar ajer. Paling tidak pun oles secalit gincu pabila keluar rumah. Yalah kan, nama pun perempuan...mesti nak sentiasa nampak cantik dan anggun sajer.





Aku terbaca satu statement yang mengatakan bahawa;

seorang wanita akan menelan hampir 2 kg gincu bibir sepanjang hayat mereka dengan andaian anda mula bersolek bermula usia 16 hingga 60 tahun.






Kenyataan tuh mungkin betul, mungkin tidak atau mungkin lebih lagi. Maklumlah selepas makan, habis gincu hilang....mesti kena touch up lagi supaya nampak berseri. Dok gitu eh?

Kadang2 terpikir jugak, dalam dok tonyoh punya tonyoh tuh, ada tak kesan buruknya?? Aku terai gaks cari info dalam tenet dan buku, tapi susah nak hadam maklumat tu...ada kata gitu, gini. Apalagi nak ulas di sini, kot tersalah hurai jadi semakin berbelit2...

aneka warna gincu untuk kita telan sama2...he..he

Belacan Beracun vs Sanggul Beracun!!

Seusai majlis di rumah jiran, aku kebosanan kerana teman hidupku itu pergi mengail bersama teman2nya. Kadang-kadang tuh bagus gaks dia tak der, boleh aku belek-belek majalah lama yang belum khatam. Tetiber aku terjumpa Majalah Sihat tahun 2011. Lama dohh.., tapi tak per lah, kongsi info yang sentiasa malar segar bugar...

" Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai agar berhati2 dengan sejenis belacan yang disahkan BERACUN!! Ini berikutan adanya bahan kimia Rhodamine B iaitu bahan pewarna merah jambu yang sangat berbahaya. Penggunaan bahan ini boleh mengakibatkan penyakit barah. Bahan ini banyak digunakan dalam industri plastik dan tekstil. Apa yang menyulitkan adalah kerana kehadiran Rhodamine B ini sukar dibezakan daripada pewarna lain yang juga menghasilkan warna serupa.


Bebudak, saper nak kek cokolat...?

Adapun pada suatu masa dahulu, belacan warna pink selalu menjadi pilihan hatiku dek kerana warnanya yang menawan kalbu dan juga tekstur nyess yang halus. Tapi sejak keluar berita nan menakuttkan tuh, aku pun beralih arah membeli belacan yang huduh, kelabu buruk gituh. Biarlah diri berupa huduh asalkan selamat.....

Ai nis pengguna tegar belacan, kebanyakan masakan aku bubuh secubit manja belacan sebagai penambah ummmppp... kecuali air minuman dan kek. Kek Belacan ader ke? Minum petang ngan air oren, sodap kot. Saper ada brani terai kalu?........

So, apa kena mengena belacan dengan Sanggul Beracun ai tu eh? tanya erra pazira..

Friday, 10 February 2012

Asam Rebus dan Singgang Istimewa untuk Jiran

Macam yang aku katakan pagi tadi, aku ke rumah jiran. Paas tuh, supaya senang aku bawakan bahan2 masak ke rumah. Yalah kan, tak payah menunggu2 dapur dengan chef2 yang lain. 

aku diberikan tugas menyediakan menu simpel dan sonang jer. So, aku mesti buat yang se sodaap nyess...

Asam Rebus Tempoyak Ikan Baung

 Bahan2:

1-2 ekor ikan baung disiang dan basuh dengan air perahan limau nipis
3 senduk kecil tempoyak ( lebih pon ok )
1 sudu besar cili kering dikisar
1 labu bawang besar dikisar
1 kuntum bunga lawang, belah dan isi lembutnya dikisar. 
( Selebihnya masukkan dlm kuah )
10 tangkai daun kesom
1/2 sm belacan
1 inci kunyit hidup dikisar
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2 hiris lengkuas ditumbuk
1 biji tomato dibelah 4
garam dan perasa

Cara:
1. Rebus semua bahan selama kurang lebih 45 minit (lagi lama lagi sodap..)
2. Masukkan ikan, bila gelegak kecilkan api dan renih selama 15 minit.


Singgang Ikan Aye ( Tongkol )


Bahan2
1 ekor ikan tongkol dipotong bulat2
6 ulas bawang putih dihiris nipis
1 labu bawang besar dimayang
5 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup ( serbuk pon ok )
1 keping asam keping
1 biji tomato belah 4
1/2 sm belacan
kacang bendi
cili hijau
lada besar
garam dan perasa

Cara:
1. Rebus semua bahan kecuali tomato, kacang lendir dan lada selama 1/2 jam.
2. Masukkan ikan, apabila gelegak kecilkan api. Masukkan kacang, lada dan tomato. 
Renih selama 15 minit.


Makanya, terhasillah asam rebus tempoyak dan singgang ikan yang tersodapp pada abad iniss. Kalau tak cayer, meh cuba resepi versi aku yang spesial.....he..he.


Mandi Hujan? oh, bestnyer...

Pagi yang segar niss tiba2 terdengar rintik-rintik. Hujan? yess! aku suker hujan. Sebabnya dapat menyegarkan pepohon tanaman akus. Aku tak sampai hati tengok pokok2 itu layu dahaga ketika balik kerja. Rasanya nak segera beri minuman kepadanya...tapi mana boleh eh, kan mati muda pokok2 tus.

Biasanya, kalau hujan lebat...anak2 akan merengek nak main hujan. Boleh, tapi tunggu hingga setengah jam lagi. Biar segala debu dan kotoran turun duluan. Lepas tuh..horay!!

 
 
Sebenornya, masa kecik2 dulu akupun amat-amat suker main hujan. Punyalah seronok sampai tergigil2, gigi berlaga2 rasa nak luruh tapi still mandi. Sayang woo, bukan selalu dapat main. Aku lupa sama ada aku mintak izin atau tidak. Yang pastinya, kalau hujan lebat, aktiviti hiburan ni mesti dilakukan...Justeru, aku nak budak2 tu merasakan betapa bestnya mandi air hujan.



ha... sila awas air hujan yang memenuhi tong2 deram ni deh. 
kot2 jadi pusat giat nyenyamuk pulaks.

 

Selain tuh, aku suker gaks duk termenung atas tangga pabila hujan... oh, ai stop dulu sebab nak gi tolong wat sibuk kat rumah jiran. Tadi menjemput nak buat majlis baca Yasin lepas solat Jumaat...

Thursday, 9 February 2012

Kompleks Tekstil Terbesar di Pantai Timur

Kompleks Tekstil??

Wah, wah, berita baik untuk wanita khasnya. Tak sabar rasanya menunggu kompleks niss dibuka. Dijangka beroperasi pada Mac 2012... 

So, orang Terengganu, Pahang dan Kelantan kita tak payahlaah buat lawatan, ziarah bagai ke Nilai 3 atau Kolumpo untuk beli kekain dengan reger yang murah. Berbelanja sakan jer kat Kompleks Tekstil tuh. Macam bess je dengarnya...

Kompleks tuh berlokasi di Bandar Baru Kijal. Beruntung eh orang Kijal dapat MB orang sinun. Apaper, kita sebagai orang Pantai Timur pun turut menumpang tuah.. He..he, tocer.

mari, mari...silaa pilih dan beli. 
Reger boleh kurang, tapi kain mesti kurang laah! 
gurau jer ah..( tapi aku pernah kena di sebuah kedai kain)..


Apabila siap, meh pakat gi ramai2 deh....

Ulang Tahun Kakak, Terus Sukses..


Selamat Ulang Tahun Kakak




 Selamat Ulang Tahun Sayang
Imran Ajmain
(dedikasi untuk gadis comel dan bijak kebanggaan sekeluarga ...)

Yang tulus ikhlas...
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi...
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita-citamu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Kunanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu....

                                           Cantik anak umi. Tahun lepas punyer gambar.... 
                     tahun nis tak makan2 kek lagi sebab tunggu abang balik minggu depan.


Aku tak derlah sambut beria2, sekadar beli kek tersedapp yang wujud di kedai, then makan sekeluarga ajer. nyam...nyam. Simpel kan?? yang penting ingatan dan kasih sayang.

Masa aku tulis entri nih, kakak sedang menyertai perlawanan badminton... semoga kakak dapat bermain dengan jayanyer.... meskipun aku tau keputusannya!! he..he.  

Go kakak go...