Thursday, 20 December 2012

Tahniah, Abang!

REsult PMR diumumkan hari ni (19 Disember ).

Macamana bang... anak teruna aku hanya tersengih2, selamba dan tidak serius. Rasa boleh... katanya tidak berapa konpiden. Okay... kalau boleh, syukur sangat2 tapi kalau dapat 7a atau 6 a saja, abang kena redha, okay? seperti biasa aku memberikan taklimat ringkas pada pagi sebelum ke sekolahnya. Bukan apa, wajib bagiku sebagai ibu untuk meredakan tekanan dan memberi kekuatan mental untuk Abang untuk menerima apa2 kemungkinan. Hidup kan tidak selalu indah...

Guru sekolah Abang mengumumkan keputusan pelajar yang mendapat 8A mengikut turutan kelas dan pelajar diminta ke pentas bersama2 ibu bapa.  Amboi rasa nak putus nyawa menunggu detik namanya dipanggil. Rakan yang namanya hampir sama ...8A..., kemudiannn.... Muhammad Arif Fir.... serta merta aku menjadi sebak, air mata mula memenuhi kolam mataku. Terharu. Rasa terima kasih sangat kepada abang kerana memberikan ibu bapanya sebuah kecemerlangan.


Sebenarnya ini kali pertama aku merasakan debaran dan tekanan ketika berhadapan dengan  keputusan peperiksaan awam anak2. Kalau di sekolah rendah, aku ada akses untuk mengetahuinya lebih awal kerana rakan2 akan menelefon untuk mengucapkan tahniah. Di sekolah ini, aku tak kenal2 sesiapa... ah, siapalah daku.

Di pentas terasa diri amat kerdil tatkala bersama guru2 yang bertungkus lumus mengajar dan mendidik pelajar hinggga mereka beroleh satu lagi kecemerlangan dalan trek hidup. Terasakan, aku tidak menyumbang apa-apa pon. 

Terima kasih wahai cikgu2.. Tahniah buat Abang dan semua rakannya yang berjaya. Kepada yang kurang cemerlang sikit tu, kuatkan semangat dan tekun lagi untuk SPM 2014 nanti...


No comments: