Friday, 21 December 2012

Pabila Kawan Lama Bertemu Lagi

Hari ni, encik Ahmad bin Abu ( bukan nama sebenar ) kelihatannya begitu teruja memulakan hari. Maklumlah, sudah ada janji untuk bertemu teman lama... memang lama lah, dah 20 tahun. Bayangkan dulu mereka muda belia, sekarang dah tua senjakala. Aduhai suami, janganlah kamu bayangkan yang indah2 lagi tentang dia. Begitu jugak dia. 

Satu perkara lagi, janganlah terlalu gumbira untuk berjumpa dengan temanmu itu. Masihkah dikau ingat pada tahun lepas... seorang rakan lamamu yang beria2 nak datang rumah dan disambut dengan senang hatinya olehmu di rumah kita.... tapi ah, rupa2nya mereka datang nak cari mangsa, nak perdayakan dikau demi mengaut untung. Ingatkah dikau akan peristiwa malar segar itu? Justeru, berpada2lah wahai suami.

Makanya, pada masa yang dijanjikan pergilah encik Ahmad dan Puan Siti ( bukan nama sebenar) ke Taman Tamadun Islam kerana teman yang dari Perak itu kepingin untuk melihat2 monumen-monumen indah yang ada di situ. Pabila sampai, encik Ahmad turunlah dari kereta untuk melilau kelibat pujaan hatinya, kebetulannya encik Ali pun ada di ditu. Amboi, kuatnya gerak hati mereka berdua. Puan Siti hanya memerhati gelagat mereka dari dalam kereta. Tidaklah ingin dia keluar lagi kerana tidak nampak lagi batang tubuh Puan Salmah, yakni isteri encik Ali.
 
nak naik cruise TTI. Tiket RM20 dewasa dan RM15 untuk kanak2 dan wargatua. 
Pakej keluarga RM55 untuk dua dewasa dan dua kanak2.

Setelah berkenal2 dan bermesra semula, maka tahulah encik Ahmad dan Puan Siti bahawa teman yang ini ikhlas dan jujur datang kemari untuk menyambung silaturahim yang lama terputus. Alhamdulillah.Makanya keropok lekor dan keropok keping sedap yang dibeli pon bertukar tangan sebagai cenderamulut tanda persahabatan kembali terjalin utuh. Kalau ada rezeki, Ahmad dan Siti akan ke Perak untuk lawatan balas.... Sekian.

( nama2 watak berdasarkan buku teks yang biasa aku jumpa masa sekolah rendah dahulu... kan?)

No comments: