Hari ni rasa nak masak nasi ayam sempena anak2 ada kat rumah. Kakak pon dah balik dari bercuti pakej 4hari 4malam di rumah bapa saudaranya, meskipon dia merengek2 merayu suruh aku ambik. Bukan apa, apa kata adik aku kalau cepat2 ambil... kot terasa hati pulak. Budak2 mana tahu, kononnya kata dah besar.
Aku kena masak awal sikitlah sebab nak tapau untuk jiran sebelah. Sebabnya, bekas jiran yang berikan aku laksa penang yang sedap tu masih je melepak kat rumah. Lagipon, aku tak berapa suka bekas2 banyak kat rumah.
Gedegung gedegang, siaplah nasi ayam yang super spesel bagiku... cepat2 isi dalam bekas. Kakak! cepat hantar. Tapi...
Ahhh, anak gadis sunti itu balik dengan tapauan aku tadi. Tak der oranglah umi...
Ok lah, letak kat depan, nanti dia balik boleh hulur.
Makanya terbiarlah nasi ayam ku di siitu. Pabila azan maghrib bergema...terdengarlah bunyi keretanya masuk. Ahh.. takkan nak hantar nasi sejuk pulak. Apalah liat sangat nak beri jiran merasa keenakan masakanku? he...
Kruu, kruu...Ayam, oo ayam...nak makan nasi tak? eh, kawasan rumah aku mana ada ayam, kera banyaklah.
Kruu, kruu...Ayam, oo ayam...nak makan nasi tak? eh, kawasan rumah aku mana ada ayam, kera banyaklah.
No comments:
Post a Comment