Aku dan keluarga sangat gemar lepak2 kat pantai. Kat Terengganu ni mestilah Pantai Batu Buruk, Pantai Kelulut dan Teluk Ketapang. Sambil2 jalan-jalan boleh menikmati udara nan sungguh segar. Pabila letih dan lapar, boleh singgah kat gerai makan ikan celup tepung...ICT. Selain tu, sotong dan udang pon ada. Best dan fresh.
Pada suatu malam nan dingin, aku melepak bersama suami sambil membiarkan bebudak bermain air dan mencari kulit kerang. Sebenarnya aku tak suka mereka kutip kulit kerang tu... bukan sebab cintakan alam sekitar... tapi pasir yang melekat akan dibawa naik kereta. Malas aku nak sapu.
Tiba2 aku ternampak budak2 menunggang motosikal (rupanya macam motosikal jer) dengan gembiranya. ee... terasa2 bagai motosikal itu nak menerkam kat belakang aku. Rasa tak tenteram sungguh. Benci kerana datang sini nak bersantai tapi amat terganggu dengan kehadiran peniaga yang menyewakan motosikal pelik tu ( All Terrain Vehicle... nak panggil haper nih?)
kenderaan ini sangat mengganggu pengunjung pantai sehingga
boleh mengancam keselamatan...
Hari ni, aku terbaca dalam Harian Metro... ada pengunjung Pantai Batu Buruk yang dilanggar motosikal siot tu. Benci sangat. Maka ada lah statement daripada majlis perbandaran KT yang mengatakan mereka tak pernah luluskan lesen permainan tersebut meskipon ada permohonan. Ooooo... beroperasi secara haram? tapi dah bertahun berniaga di situ tapi tak de tindakan apa2 pon. Nasib baiklah bukan belakang aku yang diterkamnya. BENCI sangat....
Simpati aku kepada Sri Noraima Othman yang dihempap kenderaan berkenaan. Semoga beliau segera sembuh dan tidak serik datang ke sini. Sudah tentu kejadian ini mencemar nama negeri Terengganu yang menggamit pelawat dan pelancong pada 2013 sempena Tahun Melawat Terengganu.
2 comments:
terima kasih kerana mendoakan saya. sakit masih terasa kat belakang kalau buat keje berat.
saya dah fobia nak ke pantai batu buruk lagik.
actually k.trg tu kg halaman saya.huhuhu
cepat sembuh deh. Hmm kampung sendiri rupanya..
Post a Comment