Lokasi : Pulau Duyong, Seberang Takir. Jarak lebih kurang 10 minit dari bandar raya Kuala Terengganu.
Pengangkutan : naik kereta ikut Jambatan Sultan Mahmud atau naik bot penambang dari jeti. Percuma sepanjang kejohanan. Perkhidmatan dari pukul 10.00 pagi hingga 6 petang.
Kali pertama aku tengok Piala Monsun adalah pada tahun 2005. Masa mula2 diperkenalkan. Tapi tengok dari tepi pantai Pulau Duyong ajer, sebab dulu tak ada lah hotel Ri-Yaz ni. Jalan lalu pon ikut celah2 rumah orang... susah. Justeru, setelah tahun ketujuh penganjuran, barulah aku datang lagi.
Selamat Datang ke Ri-Yaz untuk tengok Piala Monsun secara live. Cuaca panas mencering. Parking kereta pulak jauh. Ni bukan kereta aku oii, kebetulan pulak ada kat sini. Aku tak perasan. Kalau VIP boleh terus masuk ke sini...
Dari pelantar untuk menyaksikan kapal2. Panas kan adik? Mungkin view lebih cantik dari Tanjung, rasanya...
tengok aje kapal2 ni belayar ke sana sini... tak paham kaedahnya.
Dalam dewan ni ada pentas utama. Nampak pihak pengurusan sibuk untuk majlis penyampaian hadiah karang. Maskot ni pon ada.
shoot dik... kalau tepat dapat cd percuma, tapi hampeh nampaknya.
No comments:
Post a Comment