Friday, 28 December 2012

Cepat Suburkan Rezeki Kita

Dah nak habis tahun 2012. Haa... ada satu lagi kewajipan yang belum tertunaikan? yakni tunaikan zakat. Yalah, kalau nak dapatkan refund potongan cukai tu kenalah ambil resit zakat tahun ni kan. Kalau di Terengganu, Majlis Agama buka kaunter 7 hari seminggu bermula 16 Disember lalu. Oh, senanglah sikit nak berkunjung ke sana.

Zakat tu maksudnya bahagian kepunyaan orang lain yang Allah kurniakan melalui kita. Betul? selain itu, pengeluaran zakat umpama membubuh baja pada tanaman. Insya-Allah rezeki kita semakin subur dan bertambah2 tenang hidup kita.

Hmmm, musim2 hujan berpanjangan begini, susah dan sejuk jugak aku nak ke majlis agama. Walau bagaimanapun, kena selesai jugaklah dalam masa dua tiga hari ni. Mudah-mudahan hidup kita beroleh keberkatan selalu... Jom geng2 kita serbu...

No comments: