Monday, 3 December 2012

Cuti-cuti Rileks...Sarawak Part 1

Akhirnya aku sampai juga ke Sarawak. Makanya lengkaplah pusingan jalan2 ke bumi bertuah, Malaysiaku tercinta. he.. orang lain bangga bila jelajah satu dunia, tapi aku kat tanah air pon dah riang ria semacam. Tak per.. lain orang lain rezekinya.

Oh Sarawak Bumi Kenyalang...
Kuching Internasional Airport.... cantik.
Hotel Murah... Saramo
Nak tido saja kan...
Muzium Kuching
Mulanya malas ah nak masuk2 muzium ni sebabnya kalau nak tahu tentang Kuching, kan boleh jer baca dalan buku or internet. Tapi akhirnya masuk jugak sebab free. Wah... indah rupa indah khabar, banyaknya gambar2 dan patung2 kucing. Cantik dan menarik.


Rumah Tiara
Kalau tak salah sebabnya driver van pon jadi keliru kerana rumah di kawasan ni besau2 belaka. Kalau salah ampun ye Datin...

Rumah Kek Lapis 
aneka jenis kek yang cantik menawan rupanya. Rasanya? sedap... dan sedap. Harga dari RM10 ke atas. Boleh terai sebelum beli.
ni dia... warna wareni. Bagiku yang paling sedap tu kat depan sekali.

On the way ke Sarikin. Belakang tu Gunung Santubong
Rumah Budaya Sarawak
Mulanya liat nak masuk sebabnya tiketnya mahal...RM60 dewasa dan RM30 bebudak. Kami 5 orang, makanya RM240. Tapi masuk jugak...
Rumah Orang Ulu. Cantiiik sangat. Rugi kalau tak masuk.

ada persembahan kebudayaan setiap jam 4.00 petang. Ni orang Dayak.
Akhir persembahan, dijemput penonton yang meroyan nak menari Sarawak ke pentas. Nampak aku tuuu...

bersambung....



2 comments:

Anonymous said...

Kak, saya rasanya bukan rumah Tiara tu.Kepunyaan orang lain :)

che dai said...

TQ dik.