Saturday, 31 March 2012

Pasal Dirompak Lagi

Aku bersimpati...

Dengar ceritanya, banyak jugak yang diambil. Barang kemas, duit dan motosikal. Kasihan... susah payah akak tu bekerja untuk kumpul kesenangan... alih2 ia dirampas orang dalam satu malam sahaja.

Justeru, ramai orang yang banyak duit dan yang tak der duit macam aku menjadi takut. Mana-mana yang terserlah kekayaan lagi2 lah takutnya. Malam yang sepatutnya menjadi masa rehat bertukar menjadi igauan ngeri... (ayat2 skima nih.)

Dunia sekarang, ada duit pun dibenci. Tak der duit hidup merempat pon dibenci orang ... Allah jua membalas akan kebaikan dan kejahatan yang dilakukan manusia... masa itu akan tiba jua.

Dalam situasi kalut sebegini, teringat aku ketika tinggal di perumahan lama. Kawalan Rukun Tetangga masih diwujudkan lagi, di mana kaum lelaki berjaga pada waktu malam. Di samping mengawal keselamatan harta dan nyawa, dapatlah jugak mengeratkan silaturrahim...




No comments: