Friday, 16 March 2012

Kerana Duit, Persahabatan Tiada Nilai Bagimu

Apa perasaan korang kalau teman yang lama tak jumpa, sanggup datang dari jauh beribu2 batu khas untuk bertemu korang?? terharu giler kan... begitulah situasi yang berlaku. Pabila dapat panggilan telefon daripada teman AK yang hendak datang rumah, rasa tersentuh. Mereka sekeluarga rupanya sudah berada berhampiran rumahku. Rasa silaturrahim lama bertaut semula. 

Memandangkan kedatangan mengejut, maka aku tak sempat sediakan apa2 pon. Aku membeli keropok lekor yang sedap dan popular di tempat aku. 

Waahhh, datangnya dengan memandu Mercedes gitu.... terpana lah aku sekeluarga melihat kekayaan teman. Tidak lama kemudian, seorang rakannya tiba. Aku bersangka baik... agaknya mereka konvoi ke mana2.

 
dia dan kawan  sekomplot datang naik ni....
ramai yang sanggup hilang sedara dan kawan demi nyerr.


Jenuhlah aku menambah air demi melayan tetamu. Akhirnya, mereka buka cerita...... jadi kaya sebab jual hai o. Oo..... kawan datang nak makan kawan ruper nyess!!  berdegar2 lah kempen supaya AK terpesona dan join kononnya nak tulong rakan untuk jadi kayo. ( Padahal dalam hati depa :  masuk lah...  aku nak  bayar kereta mewah yang dipertunjuk2kan  tuuu ), Nyampess.

Puaslah diorang bercerita, buat pinjaman 23 hibu, terus naik pangkat...... bla, bla... kayo...bla2 pakai merc.., buat rumah ada kolam renang.... bla dan bla. Aku mula naik sheh, nasib baik aku masih rasional.... aku bukak cerita pasal kawan yang teraniaya, sampai le ning bayar hutang.... bla..bla. Naik hangin niss. Akhirnya kawannya mengalah kerana tak nampak keterujaan aku nak jadi kaya dan minta diri. Tinggallah kawan "sejati" AK dengan muka yang kemaluan dan nyosal.

Aku lagi menyesal, marah dan kecewa. Rasa tertipu dengan kawan sendiri.... entahlah, kerana wang tergamaks orang bunuh nilai persahabatan. Eh, apanya nak berkawan dengan kami yang pakai kereta  murahhh dan buruuk.

Akhirnya, diorang minta mahap. Siap ajak pergi rumahnya nun di utara. Dia berjanji tidak akan sebut2 lagi pasal jualan MLM tuhh... iyer lah. Tengok ah. Nasib baik jugaak diorang datang mengejut, kalau tidak beria2 lah aku sambut mereka.

Sebenarnya, niss cerita lama, tapi tiber2 aku teringat pabila terlihat gambo penapis air tuh.....


boleh gaks tambah pengetahuan baca ni.
http://kafesantai.blogspot.com/2011/03/penipuan-bio-aura-hai-o-dibongkar.html


No comments: