Tuesday, 6 March 2012

Pastikan Telefon Ada di Sebelah Kita

Kepada yang memandu kereta, motor, bas or lori..... dengar ye bebaik!
Sila pastikan yang telefon bimbit ada di sebelah anda agar mudah anda mencapainya pabila perlu. 

Semalam, selepas meletakkan bebarang di kerusi belakang, aku terletak lah sekali henbeg aku.... sedang syok memandu dengan penuh hemah, tiber-tiber henset menyanyi2 riang.Spontan terpanggil aku untuk mendapatkannya walau pon tahu itu satu kesalahan jalan raya. Justeru,  fokus pada pemanduanku hilang. Tanpaku sedar lampu telah bertukar merah.....

Dengan cemasnya aku membrekkkk......eitttt....stop.  Mujur lah  kereta lama ku itu masih steady.  Tunggang langgang lah barang2 kat belakang. Walau pun kes ni kecik ajer kepada mereka yang ketagih melanggar lampu merah, tapi aku tak lena tidur membayangkan apa akan jadi jika sebaliknya. Ohh.... tak maulah aku terlibat ngan kemalangan meski pun seminima nyer.

Bila eh nak beli kereta baru... he, he.



No comments: