Tuesday, 13 March 2012

Penjenayah Pantang Cuai, Berwaspada Selalu...

Kat mana korang letak henbeg ketika memandu kereta? Mesti letak kat sebelah kan... Apa korang rasa pabila berhenti kat lampu merah dan di sebelahnyer pulak mat-mat motor? Rasa tak berapa nak tenteramkan... biasanya aku cepat2 lock pintu. Bukannya bersangka jahat kepada orang, tapi berhati2 kan lebih baik..

Sebenarnya aku ada cerita di sebaliknya.  Kawan aku ni seorang ustazah. Dia meletakkan henbeg di atas dashboard memandangkan ada rakan yang menumpang. Tak sedap lah jugak kalau nak parking atas riba orangkan? macam lah duit banyak sangat. 

Untuk lebih segar agaknya, si ustazah dan rakan membuka tingkap seluas-luasnya. Perkara niss aku tak pernah buat.... Lalu berhentilah dia di suatu lampu isyarat. Di sebelahnya ada sebuah motosikal biasa2 aje. Penunggangnya tak nampak jahat langsung. 

Pabila lampu bertukar hijau, bersedialah dia untuk bergerak. Dengan tidak disangka2 mamat tu menyentap handbagnya... terpana mereka berdua. Spontannya, dia memecut mengejar si penjenayah itu. Gedegung...gedegang ... sampailah di suatu jalan yang agak lengang, tiber2 si mamat berhenti menghunus parang ke arah ustazah. Apa lagi blah lah ustazah itu dengan hati yang sakit dan kecewa. Bertawakallah dia kepada Allah. Dalam beg itu adalah sedikit sebanyak duit dan bebarang kemas anak2. hu..hu.

Banyak kes jenayah berlaku ketika pemandu berhenti di lampu merah. 
So, berwaspadalah yer terutamanya hey ladies...!! 
Kunci pintu pabila masuk ke kereta deh...

Lebih kurang seminggu kemudian, ustazah menerima panggilan telefon daripada pihak polis. Berdebar2 lah jugak dia. Polis memaklumkan bahawa sang pencuri maut dalam kemalangan jalan raya. Subhanallah.... Akhirnya, ustazah mendapat semula sebahagian bebarang kemas anak2nya itu.

Apa yang aku nak ulas pada kisah sebenar nih? Benarlah kata orang, berbuat baik dibalas baik... begitulah sebaliknya. Sesungguhnya Allah swt sentiasa berlaku adil kepada hamba-Nya.



No comments: