Sunday, 11 March 2012

Bunga Kesidang, Bau Wangi Dalam Rumah

Assalamualaikum, selamat pagi cikgu!  he, he...

Pagi nis hujan renyai2. Pabila aku membuka pintu dan tetingkap, aku diterpa kesegaran. Oh, nikmatnya anugerah Allah. Lantas aku terpandang pokok kesidang @ tikam seladang yang aku tanam di depan rumah. Nampaknya, tak lama lagih bau wangi akan menyelinap ke dalam rumah aku. Iniss kerana, beberapa tangkai putik bunga telah kelihatan. Yess! Aku suka baunya yang sangggat wangi dan manis.

Sebetolnya, aku tanam dalam pasu jer.  Sementara tuh, aku biarkan batangnya menumpang tiang rumah. Ok ke? kekadang takut gaks, sebab orang kata ular suka bau wangi.... eee... tapi, aku tengok ramai jugak orang tanam depan rumah. Tak per lah kot nyer.

ni gambar lama sikit, sekarang dah pandai memanjat hingga ke atas.
dah beberapa kali berumah tangga... eh, berbungaa. Hmmm... wangiii.

gambar ni mbil kat halaman orang bernama Cik google Imej.... kenal?

 
Banyak juga pokok bunga wangi yang aku semadikan di laman rumah akus. Ada cempaka, kenanga, melor dan mawar. Semer tuh aku masih tanam dalam pasu lagih. Sebabnya, nak rancang betol2 baru tanam terus kat tanah. 

Aku nis, kalau cerita pasal pokok2 tanaman memang menitik air liyo. Suker sangat.... 




No comments: