Friday, 6 April 2012

Restoran Pilihan: Hebat Nama daripada Rasa

Lama aku tak mencurah rasa di sini. Dua tiga hari niss aku agak bezi. Lagipon tak berapa nak sihat. Biasak lah cik selema datanglah mengendeng dalam cuaca hujan panas gini.

Lepas Jumaat, aku sefamili meronda cari kedai makan. Sebenarnya aku jarang makan luar... sesekali keluar tuh, pastilah cari kedai yang sodap menunya. Alih2 tertutup rapatlah pulak. Alahai.... so, carik2 lah kedai makan yang lain untuk mengisi perut. Hah... ada satu kedai yang unik dan cantik. Hmm... mesti masakannya setanding ciri2 kedai kan?

Hiasan dalaman menarik. Ala2 sentuhan bali lah sikit, aku tak reti tentang konsep2 ni sebenornya. Asal ada direntangkan kain batik jawa keranda itulah Bali?? he.. sementara tuh, mata melilau ke atas ke bawah. Ada kain rentang yang restoran ni dirasmikan oleh sorang exco. Wah-wah... ariwah tentu kesedapan melampau2 tuih.

Oder lah ikan bakar, nasi goreng dan sup. Lamanya masak berejam... tentulah sodap.

Dalam dok melangutt tuh, berteka-tekilah jugak dalam hati... mana pelanggan lain eh. Tengok parking daripada hanya kereta buruk aku kini penuh. Heran oh heran.

Ha..ha dah sampai pesanan kami. ???

Pada aku dari semua aspek markah 2/10. Memandangkan aku tak bawa telefon atau kamera, so tak dapatlah aku membuktikan apa2...



 


 

No comments: