Saturday, 31 March 2012

Lenguh Kaki ke Jom Heboh

Jom heboh diadakan di Kompleks Sukan Gong Badak.... ?

kalau aku tak tulung pergi, nanti tak heboh kan? makanya, aku pun pergilah. Ikut hati maless sebenarnya, tapi menengokkan anak dara aku cam teruja ajer, so aku sekeluarga meredah jua... 

Amboi... berejam2 jem. Macam2 kerenah pemandu yang jarang2 mengalami kesesakan nafas di jalan raya. Ada pulak yang kereta buat hal di tengah2 sesak. Bayangkan perasaan tuan punyer kereta tuss.... mesti bengang abihh. Janganlaahh kereta antik aku niss meniru perangai serupa... malu oii.

Akhirnya sampai jua. Letak kereta pulak jauhnya seumpama parking di negeri  sebelah. Tapi aku kuatkan juga kaki menapak lagi dan lagihh. Dalam duk menapak tuh, sempat aku menjeling para pengunjung yang bersusah payah membawa beg2 kitar semula. Ada beg ribena, biskut juli, london roll dan aneka bagai lagi hingga kan lima enam beg seorang. Maggi pun ada. hah..hah..

Deme niss menang jawab soalan kuiz ke apa?... tertanya2 lah aku kerana jeles. Bukan apa, kalo ada soalan2 kuiz yang menawarkan hadiah bebarang tuh.. maka perlu lah aku bersegera yang boleh ke sana kerana aku nih memang genius nak jawab soklan2 yang senang...  padahalnya..., mana ada free-free kan.
 
 stadium tertutup, sebelah stadium yang runtuh tuhh... ingat?

 sebahagian orang yang teruja ke pesta tv3 tu..

kakak pun menang jawab soalan kuiz jugak ke...
 
dua orang nih tak sempat menerai kereta kuda kerana hari dah gelap...




No comments: