Sudah masuk bulan ketujuh tak pernah kuambil cuti rehat atau mc. Bukan nak mencelen pekerja contoh yang tak pernah ambik cuti rehat sepanjang perkhidmatan. Bukan juga sebab ada golden hand yang membayar baki cuti yang tidak diambil. Tapi syukur alhamdulillah sebab Allah kurniakan kesihatan dan tubuh badan yang kuat untuk terus bekerja.
Hari ni pada hari ketiga puasa 1435hijrah.... aku bercuti. Fuhh.. best jugak berjimba2 pada masa orang lain kalut menunaikan tanggungjawab. Apapun aku memang ada urusan yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. Urusan ini seolah memberat di dahi paling depan selagi tak beres. Apa tuuu...antaranya...
i. ke Syarikat Andalusia sebab nak daftar umrah. Insya-Allah semoga tertunai dan dipermudahkan-Nya.
ii. nak buat spek baharu memandangkan aku rasa kelabu2 saja...(semakin tua kan..)
iii. nak g mydin sebab baru ni pergi tak dapat parking. Full house sempena Ramadan.
iv. nak beli ikan terubuk dan kapla ikan merah kat Giant....he nak ke medin dan giant pun jadi agenda besar ke?. Heh jangan pandang remeh ya kawan. Sebab baru2 aku sempat beli terubuk dengan harga 5 rial seekor. Boleh tahan saiznya. Manakala kapla ikan nampak segar tapi dan ke orang lain dah...hu.
No comments:
Post a Comment