Hari ni balik kerja secepat yang boleh. No jeling2 kat rumah tukang jahit sebab memang janji nak ambik baju raya minggu ni. Tak per...esok ah. Abah bertugas dapatkan stok kat pasar. Dapatkan bahan2 semuanya. Berat tanggungjawab tu....pastikan semua bahan ado....bereh deh.
Balik kerja terkam ke dapur. Sediakan bahan asas. Hajat nak masak nasi minyak, gulai ayam, ayam merah dan daging goreng. Hmm...yang super sepesel ialah mi udang!! Resepi cedok dalam internet. Sudah buat sekali dan sedap sungguh rasanya. So...nak tunjuk skil lagilah hari ni. Okay bebes.
Aduh....sakit tumit kakiku kerana mengampu badanku yang tak ramping ni. Bayangkan sudah berapa jam aku berdiri bagai murid sekolah kena denda. Aduh duh.... Tapi berbaloi2.
Sila...allahummalakasumna...
Nilah mi udang aku. Nampak huduh tapi vokal tak seindah ropa. Yang menikmati memang terhibur...he...he. Meh makan.
No comments:
Post a Comment