Tuesday, 22 July 2014

Keretaku Mogok Kenyang

Hari ni hari Isnin. Puasa. Seminggu lagi raya. Semua sudah siap...alhamdulillah sebab memang sediakan kelengkapan awal2 hingga aku tak rasa sangat kemeriahan sambutan pra raya. Hmmm...ni baru mukadimah.

Sudah siap2 dah ke tempat kerja...alih alih keretaku mogok. Tak mau hidup dia. Aduhai kelmarin okay okay saja. Cuba check minyak... ada lagi walau tak penuh. Maknanya bukan mogok laparla. He..he mana nak penuh hujung2 bulan gini kan. Apapun tak ada masa nak memakenik lagipon tak reti...terpaksa pindahkan barang dan badan naik kereta aboh. Hanto kami ye boss! pastikan sempat punch kad deh. Terima kasih.

Best jugak pakai dreber rasa macam zaman muda2 dolu.... ala ketika kereta ada sebiji jerk. Sekarang orang dah pakai kereta sebiji sorang sebab selalu terkejar2 kat jalan. Malah ada rakanku keretanya berbijik-bijik hinggakan mencapai nisbah 1:2. Macam aku ni bukannya mampu sangat...tapi terpaksa.
Gini gambo rajahnya. Nampak sangat penyakitnya secara teknikal dan saintifiknya dinamakan bateri super kong kalikong.

Balik terus aboh buka bonet depan. Cewah..macam mc gyber. Acehh...nak jumper ropanya. Terus hantar pusat sobis dan keluarlah dari poket sebanyak RM242 termasuk upah. Sah...sah. Maka terubatlah sakit kereta ku. Maka aku rasa tak sabarlah menunggu esok kerana gaji masuk esok. Betoi ke dok ni??...

No comments: