Di sini aku tunjuk cara memilih dan menebang rebung dengan penuh tolak ansur. Perhatikan betul2.... Oh ya, digalakkan roomate kita yang mengambik sebab miang sama miang kan ngam. Gurau jer...sori naik lori.
Mola2 pilih rebung yang akan jadi mangsa. Mengambil rebung buluh madu beza dengan buluh biasa. Sebabnya rebung diambil ketika tingginya mencapai 2 hingga 3 kaki. Betul ke? betul setelah kurujuk2 pakar yang boleh pakai.
Mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim... Kemudian hayunkan golok atau parang yang suci daripada najis. Tak payah mintak izin dengan datuk2 kerana kita sudah minta daripada yang haq. Pastikan guna senjata yang sudah diasah. Kalau tidak akan menyakitkan hati dan perasaan emak rebung. Selain itu tingkatkan fokus dan berhati2 takut tertebang badan emak dan ayahnya. Naya nak gonyeh...Nilah rupa paras setelah bajunya dibuka. Segera kuteringat akan gulai lemak rebung plus perut lembu. Perut orang tak sesuai. Lupakan.
Bawa ke atas rumah dan katang2 kan bodinya. Lepas tu bolehlah masak....ops oppa gang nang...kena jeruk dulu deh. Caranya? mudah ajer....masukkan rebung yang sudah dipotong ke dalam air. Rendam semalaman. Pas tu bolehlah dibuat apa saja. Ada gak yang suruh rendam dalam air beras.
No comments:
Post a Comment