Aku amat tetsentuh apabila mendengar lagu dikir "Kisah Diri Ambo" oleh Halim Yazid. Ada sedikit sebanyak persamaan dari aspek kemiskinan dan himpitan hidup.
Keluarga aku memang huru-hara masa kecil2 dulu. Ayah ke mana... adik beradik ke mana. Ibu dan ayah berpisah hidup dek kerana jodoh tiada? Faktornya kerana kurang ilmu tentang tanggungjawab kepada keluarga. Beranak pinak sudah fitrah tapi anak isteri diabaikan. Sikap berpeleseran masih seperti bujang-bujangan dulu. Akhirnya cerai... anggaplah tiada jodoh. Habis cerita. Ibu terpaksa membawa anak2nya yang masih kecil yakni aku dan adik. Nasib baik ibu memilih kami. Mungkin kerana simpati kepada kami yang masih kecil... adik berumur dua tahun dan aku lima tahun. Lebih kuranglah. Ish..ish..
Namun setiap yang berlaku ada tersurat dan tersiratnya. Ayah kahwin lagi dan macam biasa beranak pinak. Tapi dalam seramai2 anaknya tiada seorangpun yang habis sekolah. Tak ada kesedaran tentang kepentingan pelajaran.
Berbeza dengan sikap ibu yang bersusah payah menyekolahkan aku dua beradik. Sanggup ikat perut hinggakan keperluan sekolah seperti yuran peperiksaan dilangsaikan. Masa zaman aku dulu nak ambik periksa awam kena bayar tak macam sekarang semuanya percuma. Tak salah aku yuran STPM seratus lebih. Ramai jugak yang terpaksa cikgu kelas yang dulu bayarkan. Syukur dan terima kasih ibu kerana tidak pernah membantutkan laluan persekolahanku.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment