Sunday, 15 June 2014

Kasihan Kawanku Ini

Apabila sampai ke rumah selepas menghantar bebudak tu ke asrama masing2, wasapku pun berasap2. Maklumlah aku tidak melanggan internet mobile sebab nak berjimat cermat. Lagipun tak ada sapernya nak mewasap aku secara kencang. Guna wifi kat rumah sudah mencukupi... itupun membayarnya selalu melepasi due date. He.

Rakanku itu menghantar gegambar rumahnya yang berserakan serta bertaburan kerana kena geledah dek seseorang atau beberapa orang. Boleh tahan jugak barang yang hilang. Jiran sebelah tak mendengar apapun malam itu. Ya la... walaupun berjaga tapi tengok bola Piala Donia bukannya bertugas berkawal menjaga kawasan seperti Rukun Terangga. Hmmm... bagus ah ada RT di kawasan kita kan.
Masuk ikut tingkap belakang. Rasanya gambar ni okaylah kan. Maklumlah bilik tidur ni penuh rahasia.

Mereka sekeluarga ke bandar Kuantan untuk shopping raya sambil2 makan hangin. Ye la... cuti sekolah sudah nak tamat. Raya pun sudah menunggu giliran untuk muncul selepas Ramadan.

Alhamdulillah, lengkaplah keperluan anak-anak. Tetapi nak jadi lebih sendunya... dalam kalut2 tu baru terperasan yang satu beg plastik yang berisi baju anak pula tertinggal kat pasar raya agaknya. Katanya dalam RM400 jugak le. Aduhai...

Apapun diharapkan dia bersabar... dan sabar. Semoga Allah berikan yang lebih besar lagi rahmat-Nya. Amin.

No comments: