Nampakkk...macam2 barang berjenama. Mula2 aku nampak henbeg jenama Furla...Burberry...apa lagi eh. DKNY... Amani...MK. Tiba2 nampak outlet Coach. Nampak pintu terus nak terjah...tapi dihalang oleh jaga warga asing. Oooo...ada ker...acu tengok punyala ramai orang beratur takkan aku nak terjah ajer. Kah..kah rusa sungguh.
Sebab apa aku berani2 masuk barisan coach ni? Sebabnya rasanya henbeg yang paling mure sikit harganya. Ala...tengok2 cuci mata tak salah kot. Sekali masuk aku agak dalam 20 orang. Pas tu tunggu orang keluar. Ada yang membeli dan ada juga yang memblah. Haa akhirnya tiba giliran aku suami isteri. Jomm ikut...
Harga ribu riban. Macam tak logik dengan design biasa2 gitu. He...sekali lagi rusa. Keychain lain harga...skaf pun lain. Yang murah2 tak der ke amoi?...
Akhirnya berjaya jugak aku menjinjing paperbag Coach ni...cari yang mure ajer. Bye...best jugak menjelajah jat sini. Sebenarnya tak menyeluruh pun kawasan jajahanku kerana perut lapar. Bukan tak
boleh makan kat kedai yer anak2 sayang... tapi ibu ( panggilan kepada kakakku ) sudah janji nak masak sedap2 kat rumah.
So, kuatkan iman dan tingkatkan kesabaran. Lagipun puasa dah dekat... makanya inilah masa buat latihan amali. Huaa...
No comments:
Post a Comment