Tak pernah aku jumpa resort yang sangat sukar untuk dihubungi. Hanya satu2 iaitu Tanjung Piai Resort. Cuba nak book dengan agoda...booking...hotels.com dan pelbagai aneka web lagi tak ada hasil. Rujuk blog dah lapuk sangat. Begitu juga dengan muka bukunya yang berdebu berkapuk. Alahai...mungkin resort ni dah berhenti operasi. Maka tak dapat kubayangkan betapa buruk dan kusam resort ini. Entah2 berhantu kot...eee. Tapi tak per...aku cuba redah ajer. Paling koman pon aku tidur dalam kereta. Ke guaner?
Senang jer nak ke sini. Letaknya di hujung jalan.
Tu dia...nun jauh terapung di atas air laut. Macam best jer... oh ye kita kena jalan2 kaki atas jambatan sepanjang lebih kurang 100 meter ini. Tak adalah lenguh kaki pun sebab pemandangan indah nian. Cantik sangat.
Cantik...cantik. Perahu nelayan parking kat seni memberi nilai tambah.
Sedang nak makan tiba2 kakak ternampak orang sekampung. Bukan sekadar sekampung...malahan sebantal sebilik se....dan se. Adik asben... amboi kat kampung payah nak jumpa asyik berselisih aja. Ketika aku keluar dia nak datang. Begitulah seterusnya adegan yang tidak menemukan kami. Dia memang kerja kat negeri orang ni. Datang sini nak mancing. Memandangkan kitaorang lepak kat sini...justeru merekapun join sekali. Ibarat kata orang...asam di darat ikan di laut...di tanjung jugak jumpanya. He...
Malam tu apa lagi..menjoranlah sebatang sorang. Kalau tak bawa joran janganlah duk risau atau menyesal tak sudah. Boleh sewa joran dengan harga RM20 sebatang. Hamboi...mahal.
Matahari terbit. Aduh saliha...cantik memukau. Isya-Allah akan ku datang lagi ke sini. Oh ye...kalau rambut kita jenis mudah mengerbang atau mudah keras macam dawai tu eloklah bawa syampu sendiri deh agar tidak mengerbang rambut macam iklan dHerbs tuh kerana syampu tidak disediakan.
No comments:
Post a Comment