Okay...tarik nafas dan buka mulut. Nyanyi....
Aku burung burung tiong berPERI
Riang di dalam sangkarku ini
Suaraku seperti manusia
Menegur dan memanggil siapa....
Aku burung burung tiong
Sungguh pandai berPERI...
Stop...stop jadi cikgu muzik pulak. Harap faham akan maksud ceriperi tu. He..he.
Lari tajuk nampak. Sudahlah tajuk pun sekadar di pinggiran, banyak merapu merapan pula.
Masih banyak jentera dipaksa bekerja di tengah panas terik ni. Maknanya banyak lagi yang nak dibuat di sini. Kot nak buat hotel pun munasarawak jugak kan.
Ni hotel Legoland. Tak masuk dari pintu depan sebab parking kereta jauh sangat. Giler nak menapak dengan matahari terpacak atas kepala. Lagipon bukan aku nak masuk pun. Tiket mahal... kalau masuk mahu dekat seribu ranap pitih haqu. Lebih baik aku gunakan duit tu untuk melawat JPO yang dekat ajer dari sini.Orang lain makan isi... kita tengok kulit pun jadi-jadianlah.
Biarpun panas suhu dekat2 takat didih... masih ada manusia yang memanaskan punggung main gelungsur. He... dengki sebenarnya.
Uuhh cantiknya. Awan gemawan berpintal menandakan cuaca cukup terik. Sesuai untuk para nelayan turun ke laut mencari rezeki.
Walau sekadar pinggiran namun seronok dapat bergambar kat cap dagang. Lain kali kita masuk kalau ada ofer atau tunggu abang dan kakak kerja dan belanja mak ayah. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment