Wednesday, 26 September 2012

Bini-bini Perkasa Main Bola Jaring

Dah lama tak main sukan kesukaan aku ni. Tapi aku tidaklah terer... sekadar rembat aje. Makanya, apabila ada peluang, aku mainlah. Pakai baju kurung pon kurunglah. He... Main 5 minit pon dah terjelir lidah.

Saksikanlah aksi dan lagak ngeri bini-bini orang perkasa ini di blog aku.


 
undi dulu beb... hah air!

 jaga-jaga... aku nak tunjuk bakat nih.


  main bola ke cari gaduh cik kak oii.. tak dengar dah pengadil tiup wisel ker... pengadil warning ker. Kalau kena tembak baru berenti. he. Mula2 main memang skima, ikut peraturan. Tapi, bila dah penat bertukar jadi wresling pulak.

 panas weh. Mana bola nih... tak sabau2 nak syut.

Balik rumah aku rasa pelik ngaper lutut aku ni rasa tegang jer. Alah... biasalah orang bmw 4 siri kan. Oh... baru teringat rupanya petang tadi main bola jaring bagai nak patah kaki.Lain kali nak buat aktiviti lasak kena buat strecing dan waming up dulu ya anak2...




Monday, 24 September 2012

Apa Harapan Kita Dalam Bajet 2013

Istilah bajet berbeza kepadaku, Bajet kerajaan bermaksud peruntukan kewangan... manakala bagiku, bajet tu membawa pengertian rendah kos atau peruntukan yang semput dan sendat2 saja untuk sesuatu projekkk... Ya.. begitulah besar bezanya pabila ia membabitkan wang.

PM akan bentangkan bajet pada Jumaat nan mulia ini. Pelbagai pihak membuat andaian tentang sekian-sekian peruntukan untuk sektor2 tertentu. Produk apa yang akan dinaikkan cukai. Aku rasa ramai yang berharap agar cukai tembakau dan alkohol dinaikkan lagi. 

Manakala bagi kakitangan awam cam aku sudah tentu menginginkan BONUS... kalau boleh dua tiga kali ganda gaji. Auw... apa-apalah. Pon begitu, walau apapun, kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih.



Sunday, 23 September 2012

Kolam Mini Bajet

Sudah namanya aku, maka yang berkaitan denganku mesti ada perkataan bajet @ low cost. Dulu taman bajet, terbaru kolam idaman, tentulah dengan istilah yang sama... buat sendiri untuk minimumkan kos. he.

Justeru,setelah didesak, dipaksa dan diugut.... wo, ganaz... he. Akhirnya, Ak berlembut hati buatkan aku kolam mini untuk bubuh pokok bunga teratai ku. Aku dah dapatkan anak pokoknya melalui seorang teman. Itu pon setelah aku puas mengecek dan merasuah.... ehhh berdosa tuh. Tak derlah....

Aduhai lambatnya siap si kolam mini. Yang tukangnya pulak berpenyakit. Sekejap sakit lututlah, sakit pingganglah.... aduhai dah tua lah katakan. 

-----bersambung---- 



Yang berkaitan dengan taman bajetku... kalau sudi, sila klik

Saturday, 22 September 2012

Bestnya Minum Air Kolam....

Minggu lepas lagi, kakak mengigau2 meracau nak mandi kolam. Mentang2 boleh berenang sesikit, dah mengada lah ye. Tapi okay jugak, sebab aku pon boleh tumpang sama. 

Sebelum pergi, aku sempat masakkan nasi dan gulai ketam cili padi untuk encik AK makan sebelum @ selepas ke masjid. Kan kebulur pulak laki2 itu...

Sampai jer, tak sabau2 nak masuk kolam... yea... Lama tak berenang, maka banyaklah volume air yang aku minum air kolam yang penuh klorin dan daki manusia tuh... ngeh... weck. Tapi itulah hakikatnya berenang bak haruan kena banjir, akhirnya tertelan banyak air. Balik rumah karang tak perlu minum2 lagi... he.

ni kolam lelaki, kolam wanita tak boleh tunjuklah....


 lepas bakar kalori, meh makan kfc ye anak-anak...


Masa mandi2 tadi, tetiber aku ternampak bangunan hospital dari dalam kolam. Ehhh...maknanya pesakit dan sesiapa yang ada di situ boleh nampaklah kita orang yang mandi dengan seksi meksinya nih. 

Oh... bangunan tambahan untuk wad bersalin rupanya. Masih dalam pembinaan. Yalah kan, rakyat Malaysia kena ramaikan penduduk untuk membina negara maju. Justeru, tak perlulah import ramai pendatang kat sini.

Aku difahamkan jugak, pihak kolam sudah dapatkan kontraktor untuk tinggikan benteng supaya kolam wanita tetap tertutup daripada pandangan umum. Ahhh, lega. Bagus lah kerana pihak pengurusan yang prihatin dan sensitif.




Thursday, 20 September 2012

Berkawan dengan Orang Berkira @ Kedekut?

Hah ha... hari ni aku balik lambat ke rumah. Assalamualaikum!! adik o.. adik bucuk, umi balik nih. Tengok umi belikan vitagen kegemaran adik...

waalaikumussalam.... kedengaran suara kecil itu dari dalam rumah, tapi kelibat orang tak nampak pon. Hai, mesti dok syok mengadap tv lah tuu. Tak patut tak patut. Ikutkan hati, jam2 tu jugak aku nak torture @ ceramah @ laser agar anak-anak tahu memuliakan mak ayah...

Bukan nak cerita pasal budak dan tivinya walau pon aku rasa tak puas hati dengan pengaruh kartun yang melampau kepada bebudak. Bukan salah tivi atau kartun ultraman tuh, salah aku yang biarkan dia berlelama berhibur. Sabar... akan ku selitkan ceramah2 kepada mereka setiap pagi dan petang...

Memandangkan aku dah tertulis tajuk di atas... cehhh umpamakan surat rasmi lah pulak, maka aku nak ceritakan tentang seorang teman yang sangat kuat berkira2 @ kupit @ kedekut dalam belanjakan rakan-rakan. Mungkin dulu dia tak pas dalam matematik sebab tuh nak cover kot. he..

Pabila keluar meronda dan makan2, boleh dia asyik2 buat bodo sajer tunggu orang belanja. Paling baik pun, dia akan belanja seorang saja daripada tiga orang!! bengang betullah. Sekali dua terkena... pas tu kena lagi. Berat betul tangan nak keluarkan duit nak belanjakan kawan2 yang selalu dikenakannya. Apalah punya orang. Tak per...

Yang tambah menyampahnya, pantang dengar geng2 nak jalan-jalan, shopping atau makan2 mesti dia nak ikut serta. Heh...

Tadi, selepas pulang kerja aku dan geng buat pakatan sulit lagi menyulitkan untuk ke kedai sutera... mana lagi, Desa Murni lah. Aku malas, malas dan malas nak mengajak dia. Apatah lagi pergi dengan kereta ku. Walhal, dia dah pesan, kalau kita orang nak pergi situ, dia nak gi sama. Oh... tolonggg.

( Tukar tune pulak.... senyum...) 

Hasil lawatan silaturahim ke sana, maka aku pon terbelilah dua helai. Tapi tak terasalah sangat kekopakan poket sebab macam biasa, aku gunakan kad yang Pak Cik Maybank bagi... eeehh, walaupon namanya kad credit tapi aku selalu setelkan supaya tak berkapok yang akan menyusahkan hidup. Guna kad ni kenalah bijak kawal nafsu agar tak bertambah beban AKPK tuh... he.

Tuesday, 18 September 2012

Servis Kereta Percumaku

Kereta Pertamaku (nasib baik Tun buat Proton....)

Dulu masa mampu beli kereta pertamaku, Iswara Aeroback.... sebenarnya tak berapa mampu sebab selalu perlicinkan duit tabungan ( mujurlah masa tuh aku masih lagi terbawa sifat kebudak-budakan menabung wang syiling ). Untuk tiga bulan pertama, aku tidak begitu cekap mengurus wang gaji yang seciput itu. Terhoyong-hayanglah jugak aku meneruskan hidup hingga ke 25 haribulan. Mujur masa tuh, aku masih menumpang kat rumah mak... so, boleh buat2 bodo saja. he... terimakasih ibu.

Eh, berlari daripada  tajuklah pulak. Ok, selalunya kalau beli kereta dapat  servis percuma selama setahun kan? makanya apabila tiba tempoh untuk servis, pergilah kami laki bini menyervis kereta. Pabila siap, maka dapatlah bil.... HAPER?? kena bayar?? kata percuma...

"yang percuma-cuma tu upah servisnya ajer kak oiii...." 

halamak tujuh lapan puluh tuh... nasib baiklah terbawa duit lebih, mungkin duit tuh untuk beli susu dan pampers anak kot!! syahdunya. Nasib baik ter ada duit. Kalo tidak alangkah besar kemaluan kita orang.

Kereta Kedua dan Ketiga, Wira dan Kancil

 Meski kecil berjiwa besar...

Aku dah tahu apa itu servis PERCUMA!!! makanya setiap kali kena servis, sediakan jugak wang hangusnya. Yang difreekan hanya kos upah yang tidak berapa hinggit tuuu.....

Kereta Terkini, Nissan (klik...)

Masih lagi meneruskan kepercayaan yang sama yang telah sebati menjadi darah daging. Sediakan jugak sennya walaupon salesman kata free. Alaaa... dulu pon sama, cuma aku yang jahil tak paham bahasa...

" okay, .Ini yang kita tukar. So,  kali pertama... tak perlu bayarlah... kita beri 5 kali servis percuma." lancar saja nyonya putih tu memberitahu aku.

Oh... kali pertama aku dapat servis yang betul2 free, PERCUMA. Hari ni aku kunjungi lagi pusat servis untuk kali kedua.

Terima kasih untuk semua keretaku yang sangat banyak berjasa... kalau aku kaya, aku dah simenferokan dikau semua menjadi hiasan di taman larangan rumahku. he.




Monday, 17 September 2012

Ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Tadi kakak bawa pulang borang untuk memohon ke sekolah berasrama penuh. Konfiuslah pulak. Nak sekolah mana... kalau jauh susahlah jugak aku nak menziarah. Ikutkan hati naklah kakak merasa belajar di sekolah elit sebab maknya ni hanya murid celahan gigi saja kat sekolah.  Tapi kan kakak, kat mana-mana pon okaylah. Asalkan rajin dan tahu matlamat  diri...... heh.

Ikutlah dia nak bersekolah kat abangnya. Ala terpengaruhlah sebab abangnya ada kat situ... lagi pon aku  selalu menjenguk abang. Makanya bertambahlah keterujaannya nak belajar di situ.

Justeru, di sini aku copi paste kan SBP mengikut ranking SPM 2011 untuk anak-anak lepasan UPSR membuat pertimbangan.

 

Berikut adalah Ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berdasarkan Keputusan SPM 2011 yang diumumkan pada 20 Mac 2012 baru-baru ini:

1 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 0.923
2 SEKOLAH TUN FATIMAH 0.939
3 SEKOLAH SERI PUTERI 0.9842
4 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.1183
5 SM SAINS TUANKU MUNAWIR 1.18
6 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.226
7 SM SAINS REMBAU 1.3006
8 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.3553
9 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.3725
10 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.3793
11 SM SAINS ALAM SHAH 1.44
12 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.4508
13 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.4579
14 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.4724
15 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.5109
16 SBP INTEGRASI RAWANG 1.5281
17 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.5287
18 SM SAINS MUAR 1.54
19 SM SAINS JOHOR 1.5491
20 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.569
21 SM SAINS SELANGOR 1.5927
22 SM SAINS BAGAN DATOH 1.6082
23 SM SULTAN ABDUL HALIM 1.6345
24 SBP INTEGRASI JEMPOL 1.6416
25 SM SAINS SERI PUTERI 1.6491
26 SM SAINS MACHANG 1.6903
27 SBP INTEGRASI BATU RAKIT 1.7148
28 SM SAINS HULU SELANGOR 1.7336
29 SM SAINS KUCHING 1.759
30 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.7763
31 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.7893
32 SM SAINS KUBANG PASU 1.792
33 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.7997
34 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.8128
35 SM SAINS LAHAD DATU 1.8227
36 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.8264
37 SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.8529
38 SM SAINS MIRI 1.8874
39 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.9024
40 SM SAINS KOTA TINGGI 1.915
41 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.9327
42 SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.9355
43 SMS KEPALA BATAS 1.95
44 SM SAINS PASIR PUTEH 2
45 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 2.0353
46 SM SAINS LABUAN 2.0397
47 SBP INTEGRASI KUANTAN 2.095
48 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.098
49 SM SAINS SABAH 2.137
50 SBP INTEGRASI GOPENG 2.1467
51 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.1803
52 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 2.1994
53 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.2249
54 SM SAINS POKOK SENA 2.2297
55 SMS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.39
56 SM SAINS TELUK INTAN 2.4285
57 SM SAINS DUNGUN 2.4575
58 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.4899 


sumber :  http://trigyy.com/2012/03/info-ranking-sekolah-berasrama-penuh-sbp-spm-2011/

Akhirnya setelah berbincang begitu begini... akhirnya kitaorang ambil menang-menang. Tak taulah termakbul atau tidak. Apapon tawakal sahaja. Semoga Allah permudahkan urusan kakak. Aku harapkan kakak menjadi insan yang cemerlang dan budiman untuk berbakti kepada keluarga dan negaranya. Amin.


Monday, 10 September 2012

Selamat Ber-UPSR Kakak

Bismillahirrahmanirrahim....

Esok, UPSR datang lagi demi menguji tahap pencapaian anak-anak di sekolah rendah. Antara mereka ialah anakku. Alhamdulillah, kakak telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam setiap ujian. Syukur kepada-Mu Ya Allah.

Telah sedaya upaya aku cuba membantu dia dalam pelajaran kecuali aku tidak menghantarnya ke kelas tuisyen. Ini kerana aku percaya pada prinsipku. Padaku, cukuplah jika fokus pada pengajaran guru semasa dalam kelas, mengulangkaji di rumah dan menyiapkan kerja sekolah. Bagiku, itu sudah memadai. Budak-budak juga perlukan masa untuk melakukan kesukaan masing-masing. Justeru, aku biarkan saja kakak menikmati alam kanak-kanak tanpa mengabaikan pelajaran. Apapun.... lain padang lain belalang kan?

Memang aku mengharapkan dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam upsr. Aku mahu dia mencontohi Abang malah jika mampu lebih baik lagi. Aku harapkan anak-anakku berjaya dalam hidup di samping berakhlak baik


Aku juga izinkan kakak membawa pulang rakan-rakannya yang sudi belajar bersama-samanya. Bukan sahaja untuk mengulangkaji pelajaran, malah untuk berkongsi idea  serta meredakan tekanan sesama teman. Yalah, mungkin anak-anak segan untuk berkongsi perasaan dengan ibu bapa. 

Saat ini, mereka telah tidur. Aku harap mereka lena agar dapat merehatkan minda. Semoga esok, otaknya cerdas untuk memerah idea menjawab kertas ujian BM Pemahaman, Penulisan dan Matematik. 

Puisi Walau Tak Indah Buat Kakak...
Tidurlah anak...
moga esok tersingkap tabir
serlahlah nur

Wahai anak,
mulakan dengan nama Allah
demi Dia yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Sesungguhnya anakku sayang,
doa restu dan kemaafan kuhulurkan
demi janji yang kita patrikan....
demi bukan sekadar 5A, insya-Allah.

Ya Allah restuilah!



Saturday, 8 September 2012

Geng Raya Berakhir @ Su

Giliran terakhir singgah raya yang tak dalam bulan syawal ke rumah Su. Tak kesah lah raya ke tidak... asal ada makanan tetap kami kunjungi dengan jayanya. Janganlah ada antara peserta rombongan yang berasa gundah gulana kerana takut pelanggan tak datang. Imposibel tu. Semek sorang ni memang terkenal kerana handal memasak. Justeru, kami semua tertunggu2 bila oh bila dia nak ajak2 ayam kita orang ke rumah baharunya yang indah nian.

menunya nasi beriani, daging masak apae heh?, ayam, acar dan aneka buah kering dari Mekah agaknya. Mungkin mak2 haji berikan pada tahun lepas lah tu.. jangan mare.


   yang senyum tak siap tu lah tuan walimatul urusnya.


ngaper buat muka tak senonoh tuh... oooohhh menikmati kelazatan. Ahhh aku tahu sebab kau tambah nasi banyak sangat kan?? Tadi dah ambik bbaaanyak, tambah pon bbaaanyakkk... so kan semput nak habiskan. Kena makan jugak, jangan membazir! benci tau.
 gendang gendut... suka sangat bila dah kenyang. Habis gigi dan gusi menyeringai.
 
tibalah saat keberangkatan pulang. Ikutkan hatiku ini, nak saja aku stay kat sini sampai petang ke malam. sebabnya makanan yang ada sedaaaap sangat. terima kasih tuan rumah oooi.


Rumusannya, semua peserta yang mengambil bahagian nampaknya bersungguh2 menyediakan menu yang best2 untuk kengkawan. Barulah tahu, ramai yang berbakat memasak, sedaaap. Bukan mengampu, tapi harapnya prestasi dikekalkan atau dipertingkatkan lagi pada tahun depan. Insya-Allah. 

Terima kasih semua kengkawan yang sudi menghabiskan boreh untuk geng kita. Semoga tahun depan, kita dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan dan kemahiran untuk menjemput lagi geng2 raya datang makan. Bai...

Geng Raya @ Kak Nor dan Haslia

26 September 2012 ( tarikh entri awal sebab memang aku book...)

Giliran mengadakan rumah terbuka dalam erti kata tertutup masih diteruskan walao pun bukan lagi dalam bulan Syawal. Hari ni rumah K. Nor yang berusahasama dengan Haslia untuk bertungkus lumus menyediakan menu2 yang best-best untuk geng kita orang. Tak sabar rasanya setelah sekian lama menanti. Hari ni masak apa cik kak oi...

K.Nor pesan agar kita gi lewat sikit kat rumahnya sebab ada masalah @halangan yang tak boleh dielakkan. Okay... kesian pulak pabila tiba turn mereka jadi agak kelibut sikit.

Sampai2 banyak lauk yang telah siap dimasak dan ramai tamu yang sedang makan. Aku terus ke dapur untuk tolong2 kalau ada yang boleh dicelah. Oh... tuan rumah sedang mengeluarkan ikan terubuk masin Sarawak. Hah... meh sini aku gorengkan. Walaupun baunya mengancam pengguna jalanraya, tapi aku reda kerana aku suuuka sangat ikan nih.








Geng Raya Merayau @ Zee







Geng Raya Merayau @ Nah

Assalamualaikummm... tuan rumah, aku datang nak makan nih. Dah siap ke belum?? 

Sebenarnya aku telah terima panggilan amaran daripada che Nah agar melambat2kan lawatan sebab banyak yang tak siap. Alahh... nak datang awal jugak. Kalau perlu aku tolong... aku kan ringan tangan dan ringan mulut....

Nasi ayam.... lontong, tapai pulut. Puding koktel pun ada.
ohhhh... sunggup lazat nasi ayam deme nih.
ala.. kena berhaturlah pulaks.
 
 jaga hair liyur tuh...



sebenarnya rumah ni banyak kenangan indah bagiku.

Geng Raya Merayau @ Kak Don

Assalamualaikummmm....

tuan rumah o.. tuan rumah, aku datang ni.
Macam biasa lah, aku jadi penghulu bahagian buka-buka bekas makanan. Muka tak malu wei... .

  

lagak anggun orang kebulur... tak tau malu eh. Gambar sebelah tuh ialah tuan rumah yang ceria. Terima kasih dedaun keladi gajah. Semoga murah rezeki... taun depan jangan buat2 luper.

 cantiknya rumah....

amboi... ada nasi buli@kabuli...Lama dah tak jumpa makanan spesis ini. Serta merta nafsuku makanku terbuka. Lepas tu ada mi sup dan bubur lambuk Terengganu  lagi. Wah bertungkus lumus temanku yang ini. Memang berbaloi ambil coti.

 bingka ubi kayu spesel. Sodaaapp.

 


 budak ni bagai bayang-bayangku. Selalu ada di mana2 eh...

  


Geng Raya Merayau @ Kak Ah

Hari ni misi diteruskan untuk menerjah rumah Kak Ah pulaks. Dia ni, meskipun tidak sebumbung lagi tempat kerja, tapi tetap dalam hati kita orang. Lagipon, dia pandai bikin nasi kerabu.... hmmm, nak makan?? sila....

 Wah!! nasi kerabu spesel nih. Lama doh tak makan.

 macam biasa, tak sesabor nak penuhkan aksesori...