Minggu lepas lagi, kakak mengigau2 meracau nak mandi kolam. Mentang2 boleh berenang sesikit, dah mengada lah ye. Tapi okay jugak, sebab aku pon boleh tumpang sama.
Sebelum pergi, aku sempat masakkan nasi dan gulai ketam cili padi untuk encik AK makan sebelum @ selepas ke masjid. Kan kebulur pulak laki2 itu...
Sampai jer, tak sabau2 nak masuk kolam... yea... Lama tak berenang, maka banyaklah volume air yang aku minum air kolam yang penuh klorin dan daki manusia tuh... ngeh... weck. Tapi itulah hakikatnya berenang bak haruan kena banjir, akhirnya tertelan banyak air. Balik rumah karang tak perlu minum2 lagi... he.
ni kolam lelaki, kolam wanita tak boleh tunjuklah....
lepas bakar kalori, meh makan kfc ye anak-anak...
Masa mandi2 tadi, tetiber aku ternampak bangunan hospital dari dalam kolam. Ehhh...maknanya pesakit dan sesiapa yang ada di situ boleh nampaklah kita orang yang mandi dengan seksi meksinya nih.
Oh... bangunan tambahan untuk wad bersalin rupanya. Masih dalam pembinaan. Yalah kan, rakyat Malaysia kena ramaikan penduduk untuk membina negara maju. Justeru, tak perlulah import ramai pendatang kat sini.
Aku difahamkan jugak, pihak kolam sudah dapatkan kontraktor untuk tinggikan benteng supaya kolam wanita tetap tertutup daripada pandangan umum. Ahhh, lega. Bagus lah kerana pihak pengurusan yang prihatin dan sensitif.
No comments:
Post a Comment