Saturday, 8 September 2012

Geng Raya @ Kak Nor dan Haslia

26 September 2012 ( tarikh entri awal sebab memang aku book...)

Giliran mengadakan rumah terbuka dalam erti kata tertutup masih diteruskan walao pun bukan lagi dalam bulan Syawal. Hari ni rumah K. Nor yang berusahasama dengan Haslia untuk bertungkus lumus menyediakan menu2 yang best-best untuk geng kita orang. Tak sabar rasanya setelah sekian lama menanti. Hari ni masak apa cik kak oi...

K.Nor pesan agar kita gi lewat sikit kat rumahnya sebab ada masalah @halangan yang tak boleh dielakkan. Okay... kesian pulak pabila tiba turn mereka jadi agak kelibut sikit.

Sampai2 banyak lauk yang telah siap dimasak dan ramai tamu yang sedang makan. Aku terus ke dapur untuk tolong2 kalau ada yang boleh dicelah. Oh... tuan rumah sedang mengeluarkan ikan terubuk masin Sarawak. Hah... meh sini aku gorengkan. Walaupun baunya mengancam pengguna jalanraya, tapi aku reda kerana aku suuuka sangat ikan nih.








No comments: