Thursday, 6 September 2012

Bila Geng Raya Merayau @ Cik Ros

Syawal ini sudah masuk kali kedua, kami wuujudkan geng untuk jalan2 beraya ke rumah kengkawan sekerja. Maksudnya kami tubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 10 orang, makanya kami buat giliran untuk buat rumah terbuka untuk geng kita orang.  Justeru, secara tak rasminya aku namakan Geng Raya Merayau.Sesuaikan nama tuh.Nak join??

Makanya, selepas kerja kita orang pun berkonvoilah sebagaimana jadual. Adalah digalakkan tuan rumah terlibat memasak sendiri juadah untuk dirasa oleh kengkawan. Sedap tak sedap sepatutnya tak menjadi isu untuk mengumpat... he.

Giliran pertamanya ke rumah anak dara nih. Wah, besar-besaran. Macam2 menu terhidang. Nasi minyak, lontong, sate. Laksa pun ada. Sukaaa... untuk aku, macam biasa disediakan lauk daging. Ramai kengkawan tahu yang aku bergaduh dengan ayam... terharu lah. Malu pun ado. Tak payahlah sediakan lauk khas untukku. Aku ni jenis boleh masuk aje... kalau tak, takkan aku ni penggemar nasi ayam... ulang cuma nasiknya saja. Apapun, terima kasih. Sayang semua.
 







No comments: