Saturday, 31 March 2012

Pasal Dirompak Lagi

Aku bersimpati...

Dengar ceritanya, banyak jugak yang diambil. Barang kemas, duit dan motosikal. Kasihan... susah payah akak tu bekerja untuk kumpul kesenangan... alih2 ia dirampas orang dalam satu malam sahaja.

Justeru, ramai orang yang banyak duit dan yang tak der duit macam aku menjadi takut. Mana-mana yang terserlah kekayaan lagi2 lah takutnya. Malam yang sepatutnya menjadi masa rehat bertukar menjadi igauan ngeri... (ayat2 skima nih.)

Dunia sekarang, ada duit pun dibenci. Tak der duit hidup merempat pon dibenci orang ... Allah jua membalas akan kebaikan dan kejahatan yang dilakukan manusia... masa itu akan tiba jua.

Dalam situasi kalut sebegini, teringat aku ketika tinggal di perumahan lama. Kawalan Rukun Tetangga masih diwujudkan lagi, di mana kaum lelaki berjaga pada waktu malam. Di samping mengawal keselamatan harta dan nyawa, dapatlah jugak mengeratkan silaturrahim...




Lenguh Kaki ke Jom Heboh

Jom heboh diadakan di Kompleks Sukan Gong Badak.... ?

kalau aku tak tulung pergi, nanti tak heboh kan? makanya, aku pun pergilah. Ikut hati maless sebenarnya, tapi menengokkan anak dara aku cam teruja ajer, so aku sekeluarga meredah jua... 

Amboi... berejam2 jem. Macam2 kerenah pemandu yang jarang2 mengalami kesesakan nafas di jalan raya. Ada pulak yang kereta buat hal di tengah2 sesak. Bayangkan perasaan tuan punyer kereta tuss.... mesti bengang abihh. Janganlaahh kereta antik aku niss meniru perangai serupa... malu oii.

Akhirnya sampai jua. Letak kereta pulak jauhnya seumpama parking di negeri  sebelah. Tapi aku kuatkan juga kaki menapak lagi dan lagihh. Dalam duk menapak tuh, sempat aku menjeling para pengunjung yang bersusah payah membawa beg2 kitar semula. Ada beg ribena, biskut juli, london roll dan aneka bagai lagi hingga kan lima enam beg seorang. Maggi pun ada. hah..hah..

Deme niss menang jawab soalan kuiz ke apa?... tertanya2 lah aku kerana jeles. Bukan apa, kalo ada soalan2 kuiz yang menawarkan hadiah bebarang tuh.. maka perlu lah aku bersegera yang boleh ke sana kerana aku nih memang genius nak jawab soklan2 yang senang...  padahalnya..., mana ada free-free kan.
 
 stadium tertutup, sebelah stadium yang runtuh tuhh... ingat?

 sebahagian orang yang teruja ke pesta tv3 tu..

kakak pun menang jawab soalan kuiz jugak ke...
 
dua orang nih tak sempat menerai kereta kuda kerana hari dah gelap...




Monday, 26 March 2012

Selamat Hari Polis ke-205

Terima kasih kepada pasukan polis yang menjaga ketenteraman kita. Tak kira di kota, bandar, kampung dan ceruk pedalaman.....

Masa muda remaja dulus, aku amat2 bercita-cita nak jadi polis. Sebabnya suker tengok uniform dan susuk tubuh segak para polis. Tapi orang tua aku tak suka... sebabnya polis tak pakai tudung! apalah dayaku...

Zaman telah berubah, ramai anggota polis wanita anggun bertudung dengan tidak mengurangkan secebis pon dedikasi dan tanggungjawab. Aahhh, andainya aku lahir lewat sedikit.... tentu aku dah menyarung uniform segak itu. Dan aku jugak tentu dah pegang jawatan tinggi sekarang........................... ha..ha.

Tahniah atas sambutan hari polis.


Pabila Anak Lebih BZ Daripada Mak

Oh bebudak sekarang, giat aktifnya mengalahkan giat Mara. Sudah dua petang aku ditinggalkan anak daraku yang bz. Ke mana budak tu?

Jangan salah paham, dia bukan lari dari rumah tapi... sertai pertandingan catur di SM Sains Hulu Terengganu.

Kalah memanjang nampaknyer, tapi tak kisah lah kan, sekurang-kurangnya ada pengalaman. Dok gitu eh?... Terima kasih kepada cikgunya yang siap hantar ke depan pintu. Sangat bertanggung jawab dan berjawab tanggung!! he..he.

Main tu main jugak anak oii, belajar kena mantain. Akhir tahun nak ambik upsr kan? ingat janji kita...


Sunday, 25 March 2012

Di Taman Bajet Aku

Kegilaan aku pada sang pokok2 membuatkan aku teruja nak terus membelai  dan mengabadikan mereka. Walau pon pose mereka biasa2 ajer, tapi cukup membuatkan aku sekeluarga gumbira. Jangan mare...

 


 
 

Sajer nak abadikan di sini. 
Walaupun tak cantik tapi cukup menyenangkan hatiku. 
Ha...ha...korang tentu boring tengok gegambor yang tak semengah nih kan...

Di taman bajet aku niss, selalu gaks sang burung percaya untuk beranak pinak. Aku berpeluang melihat sang burung2 tersebut dari bertelur, menetas, belajar terbang dan akhirnya terbang meninggalkan kami sefamili. hu, hu......

p/s : kak yah blog tentang bunga, sila ubuh nama pokok ai tuh.... he.


Pelancaran Hulu Terengganu Cemerlang - HUTeC

hutec...amboi sedap bunyiknya. Macam hitech gitu. Program ni dilancarkan pagi tadi. Aku pon berkesempatan ke sana sebagai ibu bapak.

HUTec ni bermaksud menjadikan Hulu Terengganu sebagai pendahulu dalam akademik dan kokurikulum. Bagus. Sebagai ibu, aku berharap agar anak2 aku juga menjadi sebagian pelajar yang  menyumbangkan bau harum untuk tujuan ituss.


murid cemerlang harapan negara

 penyampaian sijil harapan HUTeC oleh ahli parlimen Hulu Terengganu.
mekacih...





Saturday, 24 March 2012

Produk Muka Apa Korang Pakai

Korang mesti rawat muka agar menten ayu gituh.... tak kiralah yang dah sedia cantik molek atau yang sedang-sedang sajer macem akus. So, dari dulu hingga kini duk tempek tampal lah aneka krim agar muka jadi licin cam duta2 dan diplomat produk. he..

Aku dah terai aneka macam produk muka. Dulu,  dok meroyan nak cuba skii. Memang regernya mahal tahap gaban kepada orang gaji seciput akus. Satu krim 400 hengget. Tapi beli gaks ah satu set. Nak cuba sangat...tak cuba tak tau, kan?... Kira nak buat eksperimen lah. Kopak ah gaji aku masa tus. Habis satu set, tak sambung kontrak dah... 

Lepas tu try pulak produk2 para wanita melayu yang kaya raya mendadak tuh.

Sekarang ai guna loreal kerana dirimu amat berharga....Reger murah, barang baik. Jujur aku rasa, krim nyer setanding SK2 yang mahal tu. Rasanya satu kompeni, kan?





Sayur Kampung Plus Budu

Pagi tadi aku meluang2kan masa ke pasar minggu...  sebenarnya aku teramat jarang nak ke pasar. Bukan apa, mesti terbeli banyak sayur hingga tak sempat dimasak2 oleh daku....

Hah, di situ pelbagai jenis sesayur dijual. Yang bestnyer banyak sayur kampung seperti pucuk paku midin, daun cekur manis, rebung. Ewah.... buah kerdas pon ado. Kenal eh? alahhh yang adik beradik petai dan jering gituh. Kalau makan, jangan sesekali terkencing kat tilam weh. he, he...


 terung ni pun jadi komesel gaks, kat rumah aku tumbuh sendiri jer...


Tapi reger sesayur kampung  tuh tak berapa nak murah berbanding sayur mayur yang banyak para petani curahkan kederat dan titik peluh seperti sawi, kobis dll tuss. Semua tu bermula dengan harga 2 hinggit. Bukan semuanya pucuk muda, siap campur ngan daun tua kerepot sekali. Ngaper yer?? 

Masa kecik2 dulu aku biasa gaks masuk hutan cari pucuk paku. Suker nyer masa tuh. Dapat banyak... boleh beri kat jiran lagih.

Lepas tu, aku tanyakan harga budu. Tau berapa? RM1.50 jer.... pulaks. Melihatkan botol budu itu, aku lantas terbayang keringat banyak orang. Di situ bercampur baur jerih payah para nelayan, pemeram, pembotol, tukang lekat label dan aneka bagai lagi. Tak termasuk lagi nak mohon sijil halal JAKIM lagi. Sungguh mengharukan.



Friday, 23 March 2012

Semak Markah Anak Guna SAPS

Kita sebagai mak bapak boleh semak keputusan ujian dan peperiksaan anak sekolah melalui laman web niss.


Bagus yer sekarang, semua pakai online. Kalo tiber2 teringat nak check markah anak, terus bukak laman web. Malam2 pon boleh gaks... he,he...


Ujian Permata Pintar UKM

Assalamualaikum,

Hai... saper2 yang ada anak 9 - 15 tahun, bolehlah cuba jawab ujian permata pintar. Sajer2 test iq anak, tak salah kan. Anak teman akuss berjaya masuk ke UKM selepas PMR. Kecik2 dah  sodap2 belajar kat u. Segala perbelanjaan ditanggung beres bos!!


Ujian UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web. Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal.

Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

1. Perkhemahan Cuti Sekolah UKM-JHU pada Nov-Dis 2012 (3 minggu) di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun sahaja)
2. Program PERMATA Insan 2012 yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar beragama Islam berusia 8 tahun sahaja)
3. Program Pendidikan PERMATApintar (PPPP) iaitu sekolah khas pintar (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2012 yang akan memasuki tingkatan 4 dalam PPPP pada tahun 2013)

Untuk tahun 2012, ujian ini boleh diambil dalam tempoh 3 bulan bermula 1 Feb 2012 dan berakhir 30 April 2012. Pelajar tidak dikenakan bayaran untuk mengambil ujian ini. Tiada sekatan atau birokrasi untuk pelajar mengambil ujian sama ada di rumah, di sekolah atau di mana sahaja asalkan boleh mencapai laman web ini.

klik sini deh...



Monday, 19 March 2012

Cendawan Busut vs Sayur Keladi, Bikin Air Liur Meleleh

Siang tadi aku beli sayur keladi. Amboi makk, sodapnyer hingga tak tinggal walau setitispon. Teringin nak balun lagi, terus mintakkan AK pergi beli kat pasar malam dekat rumah angkuss. 

Tiba2 henset menyanyi girang. AK rupanya. Nak buat laporan ker?? aper... tak der keladi kat pasar malam?? mendengarkan berita itu, air liyo ku rasa kian meleleh-leleh. 

AK pulang dengan sejabil (seplastik) sesayur dan aneka bagai lagi. Malas ah nak geledah bebarang tuh... tapi dipaksa2 juga oleh AK. Pulaks! ambik hati aku pon bukak lah dengan perasaan daripada tidak ajer....

Kendian, mataku bersinar2. Bukan ada pon keladi idaman tuss... tapi ada yang lagi bestt. Cendawan busut. Kat sini panggil kulat busut. Kenal? Ohhh, cayanggg... terus ke dapur bancuh kopi segera tanda time kasih. tocer.

 sedap sedap sedaap.......

ni lah yang dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 
kat mana ni.eh ??
tapi jangan memandai kutip di kebun orang,
kotnya telah diracun, dikhuatiri akan keluar buih dari mulut...



Akhirnyess, aku puas makan sayur pedas cendawan busut. Korang pernah makan tak??


Sunday, 18 March 2012

Ella Nak Kahwin?

Aku suker dengar cerita itu. Dan, aku berharap agar ia benar belaka. Memandangkan aku memang peminat Ella. Permata biru... berhati-hatilah selalu, usah lah biarkan dirimu ke lembah hina.... awasilah selalu segala tingkah dan laku. Korang masih Ingat tak lagi, lagu tarbiah Ella untuk anak2 dara sepanjang zaman. Bagus kan?

Ada orang cakap2 jeles, dah tua baru nak kawin....?
Hello... dah tak der jodoh lagi. Kalau dah sampai seru, mengelak camana pon kawin jugak. Tak gitu eh?? 

Bagi aku, lagu2 Ella best dan suaranya istimewa sekali...

ni hah permata pemotong permata...



Saturday, 17 March 2012

Rumahku Jadi Transit

Transit kereta api ke?

Sejak heway baru tu siap, maka otomatik rumah akus jadi RR. Maklumlah, rumah aku ni kan dekat ngan highway, so sedara mara yang menggunakan prasarana itu akan singgah di rumahku. Hinggap untuk solat, kencing ke haper. Yang sajer2 nak minum2 pon ado. Apapun tujuan dan niat diorang, aku tak kisah secubit manja pon. Malahan suka ada lah. 

Yalah boleh gaks tambah pahala dengan memudah dan menselesakan musafir lalu...he. Sambil2 tuh tanya2 khabar, merapatkan silaturrahim. Dok gitu eh??

Petang tadi, ada insan berkelana tiba. Seperti biasa hidangan wajib ialah kopok lekor jugak. Dah itu yang senang dicari kat sining.



Segar Mata Tengok Toyota Road Show

Bukan sengaja pon aku ke sini, dah ada kat depan Mydin Mall niss, so ai buat2 sibuk lah sesama orang lain yang mungkin banyak duit. Waahh, ada satu model yang sangat memikat hatiku... Prius c. Amboi regernya tak leh tahan eh. Tapi tak per ah, sajer2 cuci mata tengok kereta baru.

Gambar-gambar nih panas2 dari oven deh...



 aik, dok belakang ajer, koya akus yang drive...amboi incik!

 nampak cam2 caldina sikit..

 tak dapat kete, dapat belon pon jadilah, kan dik??


kalo lah aku dapat ni, kan bess! ooh.


Friday, 16 March 2012

Kerana Duit, Persahabatan Tiada Nilai Bagimu

Apa perasaan korang kalau teman yang lama tak jumpa, sanggup datang dari jauh beribu2 batu khas untuk bertemu korang?? terharu giler kan... begitulah situasi yang berlaku. Pabila dapat panggilan telefon daripada teman AK yang hendak datang rumah, rasa tersentuh. Mereka sekeluarga rupanya sudah berada berhampiran rumahku. Rasa silaturrahim lama bertaut semula. 

Memandangkan kedatangan mengejut, maka aku tak sempat sediakan apa2 pon. Aku membeli keropok lekor yang sedap dan popular di tempat aku. 

Waahhh, datangnya dengan memandu Mercedes gitu.... terpana lah aku sekeluarga melihat kekayaan teman. Tidak lama kemudian, seorang rakannya tiba. Aku bersangka baik... agaknya mereka konvoi ke mana2.

 
dia dan kawan  sekomplot datang naik ni....
ramai yang sanggup hilang sedara dan kawan demi nyerr.


Jenuhlah aku menambah air demi melayan tetamu. Akhirnya, mereka buka cerita...... jadi kaya sebab jual hai o. Oo..... kawan datang nak makan kawan ruper nyess!!  berdegar2 lah kempen supaya AK terpesona dan join kononnya nak tulong rakan untuk jadi kayo. ( Padahal dalam hati depa :  masuk lah...  aku nak  bayar kereta mewah yang dipertunjuk2kan  tuuu ), Nyampess.

Puaslah diorang bercerita, buat pinjaman 23 hibu, terus naik pangkat...... bla, bla... kayo...bla2 pakai merc.., buat rumah ada kolam renang.... bla dan bla. Aku mula naik sheh, nasib baik aku masih rasional.... aku bukak cerita pasal kawan yang teraniaya, sampai le ning bayar hutang.... bla..bla. Naik hangin niss. Akhirnya kawannya mengalah kerana tak nampak keterujaan aku nak jadi kaya dan minta diri. Tinggallah kawan "sejati" AK dengan muka yang kemaluan dan nyosal.

Aku lagi menyesal, marah dan kecewa. Rasa tertipu dengan kawan sendiri.... entahlah, kerana wang tergamaks orang bunuh nilai persahabatan. Eh, apanya nak berkawan dengan kami yang pakai kereta  murahhh dan buruuk.

Akhirnya, diorang minta mahap. Siap ajak pergi rumahnya nun di utara. Dia berjanji tidak akan sebut2 lagi pasal jualan MLM tuhh... iyer lah. Tengok ah. Nasib baik jugaak diorang datang mengejut, kalau tidak beria2 lah aku sambut mereka.

Sebenarnya, niss cerita lama, tapi tiber2 aku teringat pabila terlihat gambo penapis air tuh.....


boleh gaks tambah pengetahuan baca ni.
http://kafesantai.blogspot.com/2011/03/penipuan-bio-aura-hai-o-dibongkar.html


Thursday, 15 March 2012

Dilema Sang Helang, Penceroboh Rumahku

Di angkasa nan luas
terbang sang helang bebas
membelahi angkasa....
dengan gaya perwira.
( tok pah nyanyi masa aku kecik2 dulu..)

Sedang aku syok menelaah surat kabo Mingguan Malaysia... ( biasanya  seminggu baru boleh khatam ), tiber2 ciyet....ciyet bunyi burung ciak menerpa masuk ke rumahku. Oh, aksi kejar mengejar antara mangsa dan pemangsa rupanya. Akhirnya sang ciak dan helang tuss ada dalam rumahku. Dua2 ekor tuh tak sedar telah termasuk ke mulut naga... he, he....aum, aum.

Apalagi, semua pintu dan tingkap ditutup, abang menunjuk2 hebat dengan  menangkap helang tuss, sementara si ciak menyorok di bawah kerusi. Keciaaannn... takut yer. Sabor2 nanti superwoman tolong....

Jangan salah sangka, bukan aku nak reging dua2 hewan tuh. Sajer2 nak biar bebudak tiga orang tu menjalin hubungan silaturrahim ngan spesis lain. Pagi nih, aku dah ode bebudak tuss agar bebaskan mereka....walau dengan hati yang bertan-tan beratnyer.

 tulong! lepaskan aku. Awek aku sedang menunggu..... pllezz.


Konfius,  nak pergi ke tidak niii..?,
 aku dah jatuh cinta pada anak tuan rumah tu la... he, he..

 Sebelum pergi, sempat jugak menjeling menggoda sambil 
mengucapkan selamat tinggal ... ohhh gud bai.

Akhirnya, helang sewah itu terbang jua.......
teima kasih kerana sesat ke rumah akuss. Datanglah lagi deh.





Tuesday, 13 March 2012

Penjenayah Pantang Cuai, Berwaspada Selalu...

Kat mana korang letak henbeg ketika memandu kereta? Mesti letak kat sebelah kan... Apa korang rasa pabila berhenti kat lampu merah dan di sebelahnyer pulak mat-mat motor? Rasa tak berapa nak tenteramkan... biasanya aku cepat2 lock pintu. Bukannya bersangka jahat kepada orang, tapi berhati2 kan lebih baik..

Sebenarnya aku ada cerita di sebaliknya.  Kawan aku ni seorang ustazah. Dia meletakkan henbeg di atas dashboard memandangkan ada rakan yang menumpang. Tak sedap lah jugak kalau nak parking atas riba orangkan? macam lah duit banyak sangat. 

Untuk lebih segar agaknya, si ustazah dan rakan membuka tingkap seluas-luasnya. Perkara niss aku tak pernah buat.... Lalu berhentilah dia di suatu lampu isyarat. Di sebelahnya ada sebuah motosikal biasa2 aje. Penunggangnya tak nampak jahat langsung. 

Pabila lampu bertukar hijau, bersedialah dia untuk bergerak. Dengan tidak disangka2 mamat tu menyentap handbagnya... terpana mereka berdua. Spontannya, dia memecut mengejar si penjenayah itu. Gedegung...gedegang ... sampailah di suatu jalan yang agak lengang, tiber2 si mamat berhenti menghunus parang ke arah ustazah. Apa lagi blah lah ustazah itu dengan hati yang sakit dan kecewa. Bertawakallah dia kepada Allah. Dalam beg itu adalah sedikit sebanyak duit dan bebarang kemas anak2. hu..hu.

Banyak kes jenayah berlaku ketika pemandu berhenti di lampu merah. 
So, berwaspadalah yer terutamanya hey ladies...!! 
Kunci pintu pabila masuk ke kereta deh...

Lebih kurang seminggu kemudian, ustazah menerima panggilan telefon daripada pihak polis. Berdebar2 lah jugak dia. Polis memaklumkan bahawa sang pencuri maut dalam kemalangan jalan raya. Subhanallah.... Akhirnya, ustazah mendapat semula sebahagian bebarang kemas anak2nya itu.

Apa yang aku nak ulas pada kisah sebenar nih? Benarlah kata orang, berbuat baik dibalas baik... begitulah sebaliknya. Sesungguhnya Allah swt sentiasa berlaku adil kepada hamba-Nya.



Sunday, 11 March 2012

Terhibur Jugak Aku Tengok...

Hari Ahad biasanya aku layan tengok audisyen ( eja cam mana ek..) Mentor 6.  Terhibur lah tengok pelbagai gelagat para peserta yang mengidam2 menjadi penyanyi. Ramai yang bawa hajat besar nak jadi penyanyi untuk membantu keluarga. Baguss, ada rasa tanggungjawab kepada famili. Kalau tak berjaya pon, tetap bantu keluarga deh...

Yang membuat aku sedikit ajaib lah, ada yang nak penuhi impian ibu yang sedang sakit.....sedang sakit? Entahlah, macam2 kan hajat, impian dan kerenah orang. Apapun, 

kita layannn... kata Farah Fauzana dalam Melodinya. Fafau memang bestt...


Bunga Kesidang, Bau Wangi Dalam Rumah

Assalamualaikum, selamat pagi cikgu!  he, he...

Pagi nis hujan renyai2. Pabila aku membuka pintu dan tetingkap, aku diterpa kesegaran. Oh, nikmatnya anugerah Allah. Lantas aku terpandang pokok kesidang @ tikam seladang yang aku tanam di depan rumah. Nampaknya, tak lama lagih bau wangi akan menyelinap ke dalam rumah aku. Iniss kerana, beberapa tangkai putik bunga telah kelihatan. Yess! Aku suka baunya yang sangggat wangi dan manis.

Sebetolnya, aku tanam dalam pasu jer.  Sementara tuh, aku biarkan batangnya menumpang tiang rumah. Ok ke? kekadang takut gaks, sebab orang kata ular suka bau wangi.... eee... tapi, aku tengok ramai jugak orang tanam depan rumah. Tak per lah kot nyer.

ni gambar lama sikit, sekarang dah pandai memanjat hingga ke atas.
dah beberapa kali berumah tangga... eh, berbungaa. Hmmm... wangiii.

gambar ni mbil kat halaman orang bernama Cik google Imej.... kenal?

 
Banyak juga pokok bunga wangi yang aku semadikan di laman rumah akus. Ada cempaka, kenanga, melor dan mawar. Semer tuh aku masih tanam dalam pasu lagih. Sebabnya, nak rancang betol2 baru tanam terus kat tanah. 

Aku nis, kalau cerita pasal pokok2 tanaman memang menitik air liyo. Suker sangat.... 




Aci ke Jodoh Pakai Orang Tengah?

Hari nis kan cuti. So, aku ada banyak masa lapang untuk berehat2 dan sembang2. Dah terlanjur berbual dengan seorang ibu prihatin nih, aku berbasa basilah tentang anak bujangnya yang sangat elok perangai tuh. Alih2 si ibu bergurau2 mintakkan aku tolong carikan jodoh buat anaknya. Ha.. aci ke. Pandai ke aku menilik feel perangai orang untuk digu kan dengan anaknya itus?....

Tapi, aku kenal lah seorang gadis nis. Orangnya nampak baik dan bertamadun. Jeng...jeng, aku nak terai masuk jarum ah.  Harap aku tak salah orang. he, he....


 
 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
 "Sebaik-baik wanita itu ialah; apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira),  apabila kamu perintah, dia patuh kepadamu, 
apabila kamu pergi,dia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."



Friday, 9 March 2012

Mesyuarat PIBG. Terima Kasih Cikgu...

Hari ni sekolah kakak mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40. Dah tua sekolah tuh rupanya. Ramai gaks produknya yang berjaya dalam kerjaya masing2. Bagus, semoga anak2 aku  pon termasuk dalam golongan yang berjasa itu.

Tapi tak ramai yang hadir... takkan tak hingat kot. Lagipun, sambil-sambil tuh boleh gaks kenal2 dengan cikgu yang mendidik anak-anak kita, kan?

Mesyuarat diadakan di dewan baharu, tapi bangunan2  tuss tidak dapat diserahkan kepada pihak sekolah untuk digunakan oleh murid2 lagi. Lambat lagi ke cikgu?? ....... cikgu mana tau kan? itu para jurutera punya tanggungjawab.

Eh, banyak nyer hamperrr..!
Aku dapat gaks. Walau pon isi perutnya  mungkin hanya disukai anak2 kecil tapi keterujaan mendapatnya sungguh jelas dan magic! aku suker.



 hari nih aku bertuah nampaknya...


Kepada ibu bapa, datanglah ke mesyuarat PIBG sekolah anak2 yer...... untuk kepentingan pembelajaran anak2 kita jugak.. kan..kan?.




Terima Kasih PM, Cuepacs....

Penjawat awam naik gaji 13 peratus? Yess!!

Apalah aku niss, materialistik sungguh. He, he... bukan materialistik, tapi bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Allah. Terima kasih PM yang sentiasa buka luang untuk perbincangan. Terima kasih Cuepacs yang prihatin dan mantap...

Tentu ada sajer yang tersengeh2 kerana hati girang. Pass tu, ada pulak yang berangan nak tambah hutang ngan beli gelang lah, kereta baru lah dan semacamnyer.  Ok lah tu, asal jangan sampai hidup makin susah kerana hutang bertambah2 pulaks. Yalah, naik gaji 500 hatus, tapi up hutang 1000 hinggit. Sebenarnya, aku nih berpesan pada diri akus sendirilah agar rasional selalu...

Ramai yang bagus tuh buat perancangan nak beli rumah, besarkan rumah, tambah tabungan ...guud.

sbpa batal deh... ganti yang lebih baik, ok?


Jangan ada yang koya / khayal nak tambah bini sudah..... kang tak der maknanya naik gaji.


Tuesday, 6 March 2012

Pastikan Telefon Ada di Sebelah Kita

Kepada yang memandu kereta, motor, bas or lori..... dengar ye bebaik!
Sila pastikan yang telefon bimbit ada di sebelah anda agar mudah anda mencapainya pabila perlu. 

Semalam, selepas meletakkan bebarang di kerusi belakang, aku terletak lah sekali henbeg aku.... sedang syok memandu dengan penuh hemah, tiber-tiber henset menyanyi2 riang.Spontan terpanggil aku untuk mendapatkannya walau pon tahu itu satu kesalahan jalan raya. Justeru,  fokus pada pemanduanku hilang. Tanpaku sedar lampu telah bertukar merah.....

Dengan cemasnya aku membrekkkk......eitttt....stop.  Mujur lah  kereta lama ku itu masih steady.  Tunggang langgang lah barang2 kat belakang. Walau pun kes ni kecik ajer kepada mereka yang ketagih melanggar lampu merah, tapi aku tak lena tidur membayangkan apa akan jadi jika sebaliknya. Ohh.... tak maulah aku terlibat ngan kemalangan meski pun seminima nyer.

Bila eh nak beli kereta baru... he, he.



Monday, 5 March 2012

Ronda dan Roda

Hari niss aku rasa penat amat. Tadi gi ronda2 kat bandar ngan kawan sampai petang. Kira berebut2 pulang dengan beburung nun di atas....

Aku beli kain pasang, cannntikk lah sangat.... tapi kawan kata macam baju tidur! ngeh...ngeh. 



Sunday, 4 March 2012

Sekali Aku Mengirai Roti Jala

Lama dah aku teringin nak makan roti jala. Pernah aku buat sekali dan  menjadi dengan jayanya. Yeeeah. Ramai yang memuji dengan ikhlas dan tidak, kata sodaap.... Elehhh, nak makan pree lagi lah tuh. Ai faham.

 roti jala cicah kuah kari daging. Hmmm...

 
Rakan2 dan jiran terdekat tidak terkecuali dapat merasa kesedapan roti jala akus! 
Sebenarnya nak balas bekas orang yang dah melambak kat dapur......... he, he.

akak, adikkkk.... cepat hantar pizza hut niss.




Bistik Tersedap Bagiku


Hari ni chef AK berbesar hati untuk masakkan aku semua dengan satu2nya menu yang dia pakar. Memang sedappp sangat. Restoran Western Food pun tak sesodap dia punya. Iyer ke? Tak kisah lah, asalkan perut aku kenyang.

 tapau untuk abang kat asrama. Nampak macam hangit tapi tak ah... 
daging tak fotogenik tuh.

 
 chef yang masak ikut mood. Semakin dipuji2 semakin sedaplah tu.. 
mengada2 sungguss. Apa pun timer kacih daun keladi.
 
 ai luper  beli kacang merah dan brokoli lah. 
Patut pon macam ada yang kureng. 
Tapi still yang terbaek... 

Aku memang suka bistik / lamb chop tapi lepas makan aku takut ngan lelemak. Ada petua nak hilangkan kolesterol kat daging tuh?.....


Nh Colla Plus, Kedai Pak Guard vs Kedai Wak

Hari nis aku gi jalan-jalan kat Giant. Tetiber rasa nak masuk Guardian nak tengok produk Hajah Tok Ti - SimplySiti.  Kot2 ader, so tak payahlah aku ke dalam bandor.

Aku guna satu produknya. Nak gaks nampak berseri macam beliau kan? Rupanyer kat sini pon dah ada barang2 SS yer. Sebelum nih, aku dapatkan semer tu kat kedai Wak .... Watson Nyambet. He..he.

Sambil2 tuh melilau gaks tengok nh colla plus. Bukan nak beli pon sebabnya aku dah beli 3 tong kat kedai Wak tu minggu lepas. Harganya murah, jimat dekat 20 hinggit setong. Tapiiii, yang sedih dan terketar2 pabila tengok reger kat sini lagi murah wei...

RM418 untuk 3 tong @ 
RM139.30 setong. Huuuuuwaa....

Lain kali kena gi survey kat Pak Guard dulu lah eh...




Friday, 2 March 2012

Fanatik Sangatkah Aku

Aku suka tengok orang pakai jersey bola sepak. Apatah lagi, harga jersey tidak mahal kerana berlambak2 yang tiruan di pasar malam. Tapi takut gaks pabila tengok macam2 lambang ada.

Ada yang terang-terang tulis Red Devil di samping lambang setan berekor tuh.

 terkejut aku pabila tengok ada remaja Melayu yang pakai jersi nih ngan selamber.........


takut ah tengok red devil.

Ingatan Sayang Kepada Anak2 Generasi Kecil

Anak-anakku sayang ( semua kanak-kanak ), 
kamulah generasi kecil yang bakal menerajui jawatan penting di dalam negara.....

Mak perhatikan, kamu kini kian leka dengan segala macam permainan komputer. Kamu juga ralit melayan facebook dan gemar sangat meneroka berita sensasi artis-artis. Sehinggakan perlu disuruh untuk sembahyang, membuat kerja sekolah dan sebagainya lagik. Oppp, jangan marah dulu. Kamu tak salahkan??

Teknologi maklumat juga tidak bersalah, tetapi salah guna akan mengakibatkan hancur masa depan kamu wahai anak bangsa. Kamu lihat dan bandingkan sendiri,  rakan-rakan kamu yang ketagih games sehingga abaikan pelajaran ....oh...sedihnya mak. 

Game komputer kini pon sudah ada dakyah jahat seperti menyerang Kaabah, membunuh tentera Muslim dan aneka lagi. Selagi pemain tidak mengebom masjid, selagi itu kamu tidak menang. Ohhhh, itulah cara halus angkara jahat puak2 Yahudi. Tujuannya agar budak2 Islam tidak lagi sensitif dan sayang akan agama Islam sehingga tempat suci seperti masjid dan Kaabah sanggup dibom. Sedarlah anak-anak Melayu.... sayangilah diri dan agamamu.

Kepada anak-anak semua, 
kamu tidak dilarang bermain game, fb dan sebagainya. Cumanya, kamu perlu sedar setiap perbuatan yang berlebih2 akan mendatangkan kerosakan. Merosakkan pelajaran dan pemikiran kamu. 

Pabila kamu wahai anak2 yang berpotensi menjadi lemah otak  kerana tidak ada masa untuk belajar,   siapa lagi yang akan memegang jawatan penting seperti Perdana Menteri, menteri, doktor, guru, pegawai tentera, polis dan aneka macam di negara kita........... 

Anak2 sayang yang sebenarnya cerdik,
Jikalau hari ini kamu asyik melayan games dan face bookkkk..... fikirkan di mana dan apa pekerjaan kamu pada 10, 15 tahun lagi.... Justeru, ingatlah berpada-pada dan bersederhana lebih baik untuk kita.



Thursday, 1 March 2012

Pesta PC Recond Terbesar di PT - Gimik!

Hah, iklan itu begitu menggegar-gegar kaki ku untuk ke situ. Terbesar di Pantai Timur tuh. Betapa terbayang2 dalam kepala macam2 berkaitan pc ado. 

Suatu hari, aku dan 2 geng berpeluang ke situ setelah beberapa hari mengidam2 macam orang mengandung. Ngaper suram jer pesta hebat nih? sudahlah lengang ajer, laluan masuk pon ikut rusuk kanan. Misteri...misteri. 

Sekali melangkah masuk.........NAH! pesta terbesar di pantai timur terbentang di depan mata. Hanya aku bertiga saja pelanggan yang ada. Rasa malu pulaks pada diri sendiri kerana membayangkan yang hebat2 dan yang gah2.

Apapun, dah terjebak tuh... aku angkat jugak lah kaki nan berat meninjau2 sambil tergelak2. Ikut hati nak blah aja tapi masih hormat gaks ah semangat berniaga budak2 muda. 

Yang menyakitkan hati dan mata aku ialah, hanya 4 buah pc burukkk sangat dan tikus2 zaman prasejarah yang tak leh masuk dah pada pc sekarang. Kibod yang bertukar kaler kuning pon  berlambak. Kalau tak salah harganya murah nian yakni RM1. Mentang2 lah rekon, habis dilambaknya bebarang buruk tu...

Tak tahulah kalau gimik mereka menjadi. Harap-harap bebudak muda tuh terus sukses jadi pembekal barang rekon pc yang berkualiti pada satu hari nanti.

Angkara Nasi Goreng Kakak


 aik, pelik jer tempat tidur nih?.........





Kalau ular sawa melingkau kerana kekenyangan...

Sebenornya adik tertidur bawah meja niss bukan kerana kena dera. Dia menyorok daripada kakak kerana tidak sudi barang sedikit pon makan nasi goreng spesial yang dimasak kakak. Ohh...sadisnya.

Ngaper sampai adik jadi kamikazi kak? Sodap sangat ke nasi goreng tuh....he, he.

Keciaaan si tukang masak cilik.