Tadi sempat meninjau persiapan Perasmian Kelulut Sebagai Ternakan Komersial yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Ahmad Said di Taman Pertanian Sekayu. Persiapan berjalan lancar. Apapun bukan nak cerita tentang hal itu. Yang menariknya ialah tapak perkhemahan yang disediakan di sini. Sangat sesuai untuk sekolah dan ada yang buat hari keluarga berkhemah. Hmm menarik tak payahlah keluarkan bajet banyak2 sewa chalet atau resort. Tapi tak pernahlah pulak aku mengalami perhimpunan hari keluarga tuh. Jom temankan aku sobey-sobey.
Laluan masuk ke Taman Pertaniah Sekayu. Nak masuk sini kena bayar dulu sehinggit. Murah sangat. Kalau buat perkhemahan kat sini tak payah lah bayo cuma buatkan pas masuk ajer. Banyak pokok buah-buahan di sini. Udah namanya taman pertanian mestilah flora dan fauna. Janganlah verangan nak shoping moping kat sini.
Pejabat Taman Pertanian Negeri. Segala urusan sewa menyewa sila selesaikan di sini. Best kalau rumah aku cantik begini. Ada courtyard lagi kat dalam pejabat. Ramai jugak pekerja kat sini. Ingatkan kalau datang hanya aku sorang aje. He..he.
Ni lah dia tapak perkhemahan dengan bayaran RM1.00 satu khemah. Kalau tak silap matematik ada 16 tapak. Kalau salah sori le. Kira sepintas lalu ajer. Tandas pun banyak tapi bukanlah kelas hotel tapi kondisinya baik-baik saja. Ada juga kolah mandi yang *ditebeng dengan zink untuk kegunaan mandi beramai-ramai. Budak2 lelaki sangat sesuai.
Alat kegemaran ramai. Nak panggang kambing or kerbau beres saja.
dewan terbuka yang selesa. Luas dan semestinya sejuk dan nyaman. Sewa dewan tak hingat. Meja buffet RM1 dan kerusi 50 sen aja. Murah siot.
Nak berkhemah kat sini kena tempah awal-awal. Aku tengok jadualnya sangat padat.
Kosa Kata Hari Ini...
*ditebeng = ditutupi dengan sesuatu
No comments:
Post a Comment