Monday, 21 April 2014

Naik Pangkat Adik Bucuk

19 April kemarin adik menghadiri ujian naik pangkat taek wondo ke tali pinggang kuning 1. Huk elehh.. ingat dapat blek belt ker..atau komang2 warna pelangi paddle pop. He...
 Saya budak baru belajar..kalau salah tolong jolokkan...mana nak terus dapat hitam. Umi...umi.
Aku memang menyokong penuh mana2 murid yang belajar ilmu mempertahankan diri waina silat wushu tek wondo atau sebaris dengannya. Tujuannya bukan nak berperang atau cari gaduh tunjuk gedeber tapi untuk pemantapan diri. Tambah kemahiran dan keyakinan diri.
Justeru para ibu bapa sila2 lah hantar anak-anak kesayangan masuk kelas pengeras semangat dan jasmani sebegini. Tak mahal pun...RM20 sebulan 4 kali belajar.
Buat adik...banyakkan latihan barulah cepat pandai. Kalau nasib baik dapat lompat parti..errr lompat pangkat terus ke kuning dua merah dua dan seterusnya. Dapatlah umi berjimat sikit. Oh yer sekali test kena bayar RM40. Plus tali pinggang kaler baru RM10. Banyak gak tu wahai anakkk.
Apapun tahniah adik bucuk.

No comments: