Sunday, 27 April 2014

Restoran Mustaqim WCY@ Kelantan

Inilah restoran yang kelihatan cantik hinggakan tekak haku tiba2 terliur. Tapi tadi petang nampak orang tak ramai mungkin baru bukak. Akupun masih kenyang, makanya aku bercadang untuk pekena makanan di sini samada malam atau esok. Aboh? berehh sokmo.
Operasi diteruskan. Nampaknya rezekiku makan malam di sini. Hamboi..ramainya makhluk Allah yang sedang mengisi tangki. Dari jauh sudah ternampak. Cantik. Konsep apa ni yer? ala-ala Siam kot.
Aku pandai2 oder set c iaitu untuk makan 6 hingga 9 orang. Konon-kononnya nak makan puas2. Sebenarnya tamak dan halba jintan manis. Eh bukan...nak bagi anak-anak makan sepuasnya sebab emaknya masak tak sekomplit ini. Kalau aku masak konsepnya sempoi2 angin saja asal kenyang perut saja. Oder tambahan belut paprik dan kerabu udang. Bebudak ni kata paprik belut tu super sedapp. Sibuk suruh aku merasa...ho..ho terima kasihlah anak beranak. Lain kali lah.

air laici kang best. sebenarnya tiru orang meja sebelah. Kalau dekat tempat aku dibubuh dalam mangkuk.
tom yam pakai udang galah...


Menu set C : Udang celup tepung, kailan ikan masin, siakap 3 rasa, daging halia, telur dadar, tom yam campur, bekut paprik, kerabu udang, air laicikang 4 dan sejag sir sirap free = RM129.00.  

Berpatutan dan sedap. Yang tak berapa bestnya...pelayan kesat meja dan buang tisu kat bawah meja jer. Barulah aku perasan bahagian lantai banyak tisu yang telah diguna pelanggan. Adik apa lagi...menambahkan sampahlah. Biasanya kena marah tapi malam ni aku buat tak nampak aja. Syyyy. Namun abaikan saja tisu2 tu...malam ni kita jadi Sang Bedal. he..he.

No comments: