Friday, 11 April 2014

Color Apa Raya Ni?

Hmmm...cerita persediaan raya memang best. Ada yang memeleh air liyo memikirkan warna tema idaman. Haqu pun tak terpesong dari sedikit sebanyak rasa terganggu sebab kain raya tak cari lagi. Karang...tak ada tukang jahit yang nak jaitkan. Oh...tidakkk.

Koleksi baju melayu aboh nak meningkat tahun ke tahun. Hampir habis roda warna ku putar2. Tahun ni warena apa pulak eh... kiranya warna tertier lah. Wal hal tak der salahnya kalau ulang warna yang ada sebab yang dolu2 tu bukannya cantik lagi...dah kusam. Kainnya pun zaman hitler lagi. He. Hitler pakai baju melayu ke? Jawabnya ya. Hitler Zami Ismail. Tak kenal?... cari dalam kamus.
Seminggu dua ni rasa malas nak bersembang ngan aboh. Sebabnya dia asyik sibuk ngan kerjanya hingga tak boleh ku ajak memeriahkan kedai kain.
Akhirnya hari ni usahaku berjaya.

Maka menapaklah kami tiga beranak keluar masuk kedai kain mamak semata2 nak cari yang sesuai. Sekarang bukan lagi pasal warna taman tema atau lagu tema lagi. Tapi ada yang lebih mustahak yang perlu diambil kira. Yakni tentang harga. Mak oiii...macam berzaman tak beli baju. Dalam hati tertanya2 seolah aku dah masuk ke 10 tahun ke depan. Wahhh. Apanyer mak cik oii...semua harga kain mencanak2...mahal wei. Tapi bila keluar dari gedung G dan masuk kedai lain J barulah rasa normal balik. Nafas dan otak kembali stabil bekerja. Huh...
Akhirnya petang tadi aku boleh tersenyum selebar mulut tempayan budu kerana ada 4 pasang untukku dan satu setiap ahli yang lain termasuk aboh anak2 ibu dan mentua. Barulah berbaloi adil lagi saksama... he..he. Tima kasih aboh!!...

Huk aloh...dok bersembang pasal persiapan raya hingga menitik air liyor. Jangan lupa ganti pose ye. Aku dah beres awal2....hamboi.


No comments: