Kalau kena tukar lagi...
Tadi pagi2 dah ada yang bergossip tentang ada yang akan kena tukar terutamanya yang 10 tahun ke atas. Huhh... lama tu memang patut pun bertukar-tukar hangin ke tempat lain pulak. Orang kata dah habis gas!!. So kena isi gas baharu di tempat baharulah pulak.
Setelah kucongak2 kutekan2 kalkulator...sudah 12 tahun aku bertapa di sini. Ish..ish dah berkulat kevarat rupanya. Tiba-tiba rasa tak sedap hati pulak. Mungkin sudah tiba giliran aku mengucapkan gud bye kepada staff di sini. Reda saja dengan keputusan jabatan kerana haku hanya serangga kata Bumiputera Rockers. Hmm tak kenal? Tanya sama itu hud2.
Kalau lah aku kena tukar maka hilanglah rakan-rakan satu kepala, bangunan tua di Hulu Terengganu kata Usman Awang dalam sajak Guru Oh Gurunya.
Masa aku datang kat sini usiaku masih muda cantik jelita serta gagah perkasa. Kini sudah singgah garis2 kedut. Kudratpun sudah luntur lagi-lagi kena panjat tangga ke tingkat empat. Apapun hidup mesti diteruskan. Namun akukah itu....
No comments:
Post a Comment