Oh..kerja pertamaku ialah menjadi seorang guru sementara selama setengah tahun. Masa tu fresh dari oven lah sebab baru habis belajar tingkatan enam. Semangat nak mendidik berapi2 mengalahkan mulut naga dragonballz. Macam2 kerenah budak2 yang membikin mukaku berjerawat. Ada sorang budak tu yang siap berikan aku sebiji durian yang tidak layak dipanggil durian lagi kerana sudah tidak ada durinya. Mungkin dikikis habis supaya duri2 tajamnya tidak membikin hatiku luka. Ah...terima kasihku.
Ada pulak yang bertanyakan sama ada aku mahu jagung rebus atau tidak. Bila aku kata mau, dihulurkan sambil beritahu harganya. Huaaa...ingatkan pree tadi. Tapikan, susahnya nak kawal kelas. Akhirnya aku merajuk... lantas keluar kelas. Makanya, adalah seorang guru yang garang memarahi bebudak tu dan menyuruh mereka mintak mahap denganku. Ohh... aku sudah maafkan kamu... Sampai sekarang aku masih teringatkan bebudak ni. Di manakah dikau??
Tapi sebenarnya kan, aku mula bekerja seawal umurku di sekolah rendah lagi. Hah?? kerja apa tue? kalau masa tu ada akta kanak2 ( atau mungkin sudah ada..) tentu aku sudah kena tahan dan dibuang ke laut China Selatan. He..he. Alaah...aku kan sekolah petang, maka pada paginya aku menolong sedaraku di warung. Apabila pukul dua belas tengah hari, aku pon baliklah bersiap2 ke sekolah pulak. Betapa strugglenya aku (betul ke ejaan ). Bukan pun aku kerja untuk sara sesiapa2 pon tapi saja suka suki. Dapat duit lebih, aku guna beli majalah kesukaanku iaitu majalah REMAJA... yalah, masa tu masih remaja cantik jelita kan.
Pabila besar sikit, emak buat kuih untuk jualan... kali ni memang untuk sara hidup. Setiap kali bulan puasa, kita orang meniaga kat gerai aka bazar Ramadan. Best sangat meniaga ramai2. Masa berbuka, makanlah kuih muih yang ada sama ada di gerai sendiri atau di gerai orang. Sama-samalah makan kuih yang tak laku. hu..hu. Aku rasalah, dalam banyak2 gerai tu, gerai akulah yang paling larisss. Sebabnya? tengoklah saper yang ada. ha..ha. jangan marah. Tapi itu semua sudah berlalu, hanya tersenyum sendirian pabila terkenang. Ramai peniaga di situ dah pergi tak kembali...
Pada aku, pengalaman2 lalu sangat membina jati diri dan keyakinanku. Tidak seperti anak2 ku yang terlalu bergantung pada mak ayah. Manja semacam. Suruh pergi ke kedai...malu. Hai anak...anak.Aku dulu, masa sekolah rendah sudah biasa ke Pejabat Pos beli setem untuk tampal pada surat yang kawan sekelas minta tolong. Selalu juga simpan duit sendiri kat situ walaupun sedikit. Malah masa tingkatan satu, aku sudah pandai ke kedai beli kamera Canon yang paling murah kat kedai.... siap tawar menawar lagi. Harganya seingat aku RM42.00. ha... Lepas tu, aku meniaga gambar yang aku snap lah.
Masa berlalu...sekarang aku kerja apa ya? jadi toke kuih kah atau buka kedai gambar?
**********************************
Sukanya rasa hatiku apabila menulis tentang pengalamanku ini. Sebabnya itulah momen2 indah yang mendewasakan aku... pahit getir yang menyamankan. Syukur ke hadrat-Mu ya Allah.
No comments:
Post a Comment