Terima kasih
wahai Yayasan Terengganu. Kerajaan negeri memang baikkan... cemerlang
periksa bagi hadiah, masuk sbp pon bagi duit untuk persediaan. Tapi
memandangkan segala belanja persekolahan kakak sudah aku dan encik Kamal
tunaikan dengan segala jerit perihnya, maka duit ini mutlak kakak
punya. Berbeza dengan si abangnya, terpaksa aku laki bini kikis duit
bantuan sbp untuk beli dan bayar macam2. Tak adil kan? he.. mak nak
mintak cikit buleh kak?? bulehhh... itu yang selalu kakak jawab. Anak
dan mak sama baiknya.
hah lima hatuh hinggit... terima kasih Ya Yasang! nak lagi jeles, boleh besarkan saiz. he..
Aku ni tergolong
orang yang masih ada rezekilah. Sebabnya, sudah agak lewat membuat
permohonan kerana aku duk tertunggu2 surat tawaran original sampai.
Tunggu punya tunggu, dah nak habis tempoh sebulan. Nasib baiklah ...
Justeru, kepada ibu bapa yang anak2nya dapat masuk sekolah berasrama
penuh tu sila cepat2 buat permohonan untuk dapatkan bantuan persediaan
sbp, 500 ringgit. Banyak tu. Di sini aku nak bermurah hati untuk
menjelaskan proses mudah yang perlu dilakukan oleh mak ayah agar tidak
termiss rezeki.
Bermula 03 JUN 2012, Yayasan Terengganu menyediakan Permohonan Bantuan Persediaan ke IPTA / IPTS, Kemahiran Persekutuan dan Asrama Penuh secara Atas Talian Sepenuhnya (Online)
Klik sini pon buleh....http://isis.my/yayasanterengganu/
SYARAT-SYARAT MEMOHON
- Anak Negeri Terengganu, iaitu salah seorang ibu,bapa/penjaga Rakyat Terengganu (Warganegara Malaysia).
- Pemohon bukan daripada rakyat Terengganu tetapi pemastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah mendapat surat pengesahan mastautin ibu,bapa/penjaga daripada Wakil Rakyat/ Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
- Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh kerajaan.
PENYERAHAN SALINAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang Permohonan yang lengkap disahkan (Dicetak dari Permohonan Atas Talian (Online)).
- Salinan surat tawaran yang disahkan / serta dibawa salinan ASAL - tak payah tunggu yang asal, nanti tumbuh tanduk. Print saje surat dan cop JKKK. Gerenti beres..
- Kad pengenalan Pemohon, Ibu, Bapa dan Surat Beranak Pemohon yang disahkan.
- Slip peperiksaan UPSR/PMR (bagi asrama penuh) dan SPM (bagi permohonan IPTA/IPTS).
- Sila sertakan salinan resit bayaran RM300.00 dan cop pengesahan pendaftaran semasa mendaftar (bagi permohon IPTS).
- Ibu/bapa adik beradik kandung sahaja yang dibenarkan mewakili pemohon, sertakan salinan kad pengenalan wakil. - kalau mak atau ayah sekali pon ambil, kena ada salinan kad pengenalan satu lagi ye.
CARA MEMOHON
- Mengisi Borang Permohonan Secara Atas Talian (Online) dengan LENGKAP.
- Mencetak dan Memuat Turun Borang Permohonan --> Anda perlu mencetak Borang Permohonan ini untuk bagi mendapatkan pengesahan pihak-pihak yang terlibat. - mesti ada sain JKKK dan sokongan YB.
- SILA SERAHKAN SEMUA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DI ATAS UNTUK SEMAKAN DAN PENGESAHAN AKHIR KE BAHAGIAN TAJAAN , TINGKAT 2, YAYASAN TERENGGANU. - layanan mesra dan yang pentingnya cepat dan cekap.
Tip:
1. kalau korang tak ada emel, sila taipkan abd@yahoo.com
2. kalau tak ada no akaun BSN, taipkan 123...
3. Bila summit, kena isi pulak nama kursus, aku hentam tulis SAINS.
Okay lah, selamat memohon dan selamat berbelanja dengan berhemah!!
58 comments:
kene pergi anto kt pejabat yayasan terenganu ke borong turH??
ya betol.
Salam nak tanya kita kena submit dulu baru print atau print dulu sebelum submit
submit dulu, baru print dan buat sebagaimana yang tercatat di borang.
Salam, nombor bsn tu taip nombor 123 je ke?
kalau ada no akaunnya, tuliskan saja. Kalau tak ader akaun, gunakan 123.
Salam,kalu xde no akaun kena letak 123 ke?...yayasan bagi duit melalui bank atau pun kena ambil sendiri?...
ya 123. Duit dapat masa hanto borang. Senang.
doh kt wisma ato borang untuk dpt sokongan YB je kan???ic,surat tawaran,dll bru ato ke yayasan dop???ke guane...
kat borang tu dapatkan tt YB. Lepas tu borang, salinan, surat tawaran dll tu hantar sekali kat yayasan. senang jer sebenarnya. Oh ya, semua salinan kena sahkan ya. Selamat Hari Raya.
Kalau ayah mengundi bukan dalam tganu tp tinggal di tganu boleh jugak duit yayasan???
time kasih che dai
Kalau ayah bukan lahir kat terengganu, kena ada surat sokongan mengatakan tinggal lebih 10 tahun. Apa pon kena rujuk kat wb Yayasan trg lah ye. Tak berapa pasti...
Salam, dekat borang tulis htr seminggu sebelum daftar, kalau hantar awal tak boleh ke?
kalau master dapat berapa ek?
saya dapat unikl . lepastu sy ada kena bayar apa apa ke untuk permohonan tu ?
saya dapat unikl . lepastu sy ada kena bayar apa apa ke untuk permohonan tu ?
Utk mohon x perlu byr apa2. Tp x pasti swasta boleh mohon ke tak. Sori...
Waalaikumussalam.
Takut nak jwb tapi hrp boleh mmbantu.
1 dan 2. Ya
3. Tak ingat. Rasanya nama adik bradik yg still belajar sama ada @ sekolah atau ipt.
sebenarnya borang ni x byk kerenah pun. Biasanya yg kita faham tu betul.
Dekat pejabat Adun atau hulur masa jumpa kat mana2....
Salam..
org hok xdok no akaun akn dapat duit mase hantr borang,
kalau kita guna no akaun bsn, agak2 lame mane nok tunggu duit masuk tu ?
Salam..
Rasanya no akaun tu syarat jer. yang diketahui duit dapat masa tu jgk. Hrp membantu.
Kak, nak tanya ni. Kalau mc sy baru dapat tawaran hari ni, sy isi2 submit, print cop. Minggu depan pegi hantar borang terus dpt duit? Gitu? Tp dekat borang tulis seminggu before daftar atau sebulan lepaa daftar. Mohon pencerahan kak
Kak, nak tanya ni. Kalau mc sy baru dapat tawaran hari ni, sy isi2 submit, print cop. Minggu depan pegi hantar borang terus dpt duit? Gitu? Tp dekat borang tulis seminggu before daftar atau sebulan lepaa daftar. Mohon pencerahan kak
Rasanya boleh. Asal jgn lepas sebulan daftar. Sekarang x pasti prosedur terkini sbb dah lama. Boleh rujuk web yayasan deh. Okay....tq.
make ur income with this link it is free http://jobandcash.com/?share=79761
Salam.. nak tanya.. dulu saya pernah dapat dah sekali duit bantuan persediaan nie waktu sambung study peringkat sijil, time tue study kat IPTS.. dan sekarang awal tahun depan saia akan sambung ke peringkat diploma pulak di IPTA. Nak tanya boleh ke saya mohon lagi sekali ea? ke permohonan tue sekali seumur hidup aje?
Esok pom boley
Assalamualaikum Puan, saya nak tanya. Tandatangan YB dan JKKK pada bahagian mana ya? Dalam borang tak dinyatakan bahagian untuk itu. Terima kasih.
salam, kalo smbung degree. sijil upsr nga pmr nk jugak ka ???
Tak.
Saja nak update...
Kalau dapat tawaran peringkat diploma dapat bantuan RM700 ditambah RM500 untuk beli komputer.
Untuk persediaan ke sem 2 dapat x?atau untuk sem pertama je?
Sekali jer Cik Putie
Salam saya nak tanya dia nak cop jkkk kt borng tu tp tiada ruangan pyn untuk pengesahan jkkk tu..so nak cop kat mana.terima kasih
Rasanya jkkk cop kat bhgn atas borang. Apapon diorang dah tau sebab biasa buar. Tq.
Salam nak tanya..kalau hantar melalui poslaju...alamat dia apa ye?
Salam, nak tanya.borang ni perlu isi selepas dpt tawaran IPTAl dahulu ke ? Sbb kat borang nak tarikh daftar masuk U.
Ye tu...
klu yg tidak bekrja.. alamat pejabat tu... kne tinggal kosong k???
Salam, nak tya kalau dapat ipta but then tak byr lagi bil bayaran boleh ke? Tgah tggu tawaran lain. Sbb dkt atas awk highlight utk ipts only kena bawak slip bayaran. Thanks
Assalam. Nk tnya, wajib tick ke pengesahan kt bwh skli? Terima kasih
Sokongan yb tk mntk tkpe tk?
Huarghhhh... surat mati xlayan... nk jgk surat mastautin mak.. dh ckp sye sblm ni ok je hntr, pun nk jgk.. dh laa kte lewat, lewat 5hri dri tarikh print, tu pon sbb mandi hjn tgh jln nk bleh ke hntr, maklumlaa, naik moto aje mmpu..last2, kene hntr smula nge surat mstautin..jkkk pulok main xdok je dumoh... sabor, bln pose...stiap kli g msti xdok laa... brpuluh kli xrajin bg depan2 borang nk ngesoh..
Sabor...harap dapat. Belajar rajin2 nanti boleh bantu keluarga.
Untuk tigkatan 6 boleh claim dh ?
Setahunya untuk bantuan ke ipt dan asrama penuh jer... belajar sungguh-sungguh ye Hazwan.
Boleh sya tahu nak hantar borang tu camne?klau pos..nk pos kpd alamat mana?atau hantar terus ke pejabat?mohon pencerahan.
sy nk tnya dari tarikh hntr borg permohonan tu kalau lepas sebulan baru sy hantar dokumen pengesahan boleh ke? sbb dlm tempoh sbln bru sy dpt transkrip matriks untk disahkn
SALAM, TUMPANG TANYA UTK BANTUAN PERSEDIAAN AWAL BG PENGAJIAN IJAZAH TU DAPAT BERAPA YER? LAGI SATU SAYA PUNYA TRANSKRIP DIPLOMA MASIH TAK DAPAT SO SAYA LETAK PEPERIKSAAN TERAKHIR SAYA SPM SHJ. BOLEH KE CAMTU PUAN?
Assalammualaikum, sya nk tnya. Pemohonan saya dh diluluskan. Jdi mcm mna sya nk dpt duit pendahuluan masuk ipta tu?
Assalamualaikum permohonan dah diluluskan pastu kne tunggu berapa hari duit nak masuk dalam akaun ye??
Assalamualaikum permohonan dah diluluskan pastu kne tunggu berapa hari duit nak masuk dalam akaun ye??
Assalamualaikum.. Permohonan dah diluluskan, mcm mne kite nk cek dlm online yg duit tu dh msuk ke belum?
Assalamualaikum ..sya nk tnye.. Prmohnn sya dh la diluluskn tpi mcm mne nk tau duit tu dh dpat lom
Assalamualaikum.
Sy tumpang share pengalaman ye. Sbb sy tolong uruskan persediaan adik2 sy sebelum ni (1 adik ke peringkat Diploma, 1 lagi adik ke peringkat ijazah luar negara)
Memang kena mohon online dulu,pastu print dan dapatkan lah pengesahan2 bagi dokumen yg dinyatakan dlm borang yg dah diprint tu. Pastu hntr borang lengkap tu ke pejabat yayasan terengganu. Pastu boleh la sentiasa semak status borangnya secara online(kat website yayasan tu ada bahagian semakan status).Ataupon,call lah pejabat yayasan dari semasa ke semasa utk tanya status. Hantar borang tu seminggu sebelum tarikh daftar (insyaALLAH dorang akan bagi cash),kalo tadop cash masa tu baru dorang akan masuk akaun BSN.Boleh juga hantar selepas daftar,tapi dalam masa sebulan selepas tarikh daftar ye. Jangan lewat,tapi kalo lewat pon,boleh tawakkal lagi..buat surat nyatakan sebab apa lewat mohon. Kalo yg yayasan masukkan duit dalam akaun tu tunggulah dalam tempoh 2 minggu-2 bulan dari tarikh permohonan utk duit masuk akaun. Kalau dah diluluskan,dia tulis kat status tu 'Proses pembayaran'.Boleh la cek kat akaun masing2..
Permohonan persediaan ni boleh mohon lebih dari sekali dgn syarat setiap kali mohon peringkat pendidikan tu berbeza..contoh kalo dah mohon masa diploma,boleh je lagi mohon masa ijazah nanti..
Terima kasih perkongsian. Ramai jgk yg cari info tentang ni kan. Tq.
Post a Comment