Tuesday, 19 March 2013

Kek Red Velvet ke Daging ni?

Ramai yang bercerita tentang kek ni. Aku tertanya2, sedap sangat ke kek ni. Makanya aku godeh-godeh dalam tenet cari gambar. Wah...nampak lazat berkeju. Cari pulak resepi... salin. Tapi masalahnya, cari mascaporne merata tempat. Tak ada agaknya kat sini sampaikan suami tersayang kata... mascapon ni boleh makan ke idak? aku terkejut. Apa pulak?
Yalah... susah sangat nak dapat. he...

Aku tak putus asa. Tetap buat kek tu walaupun tanpa benda alah tu. Pabila kek siap, nampak macam daging lembu merah jer... ahaks. Tak sukalah aku kaler nih tapi dah namanya cik mek baldu merah kan..?

 
pabila siap disapu day cream, 
nampak macam daging yang penuh lemak lah pulak. nge...
Lain kali nak buat kek baldu birulah.

Sepatutnya kek ni kena letak dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya krim keju betul-betul keras, tapi aku tak leh nak sabar lagi. Terus potong... bubuh dalam bekas, satu untuk kakak, satu untk abang dan satu untuk ibu. Eh... satu lagi untuk jiranku. Akibatnya krim cair dan memburukkan rupa kek aku yang sedap itu. Uhhh nampak huduh dan ngeri lah sangat. Tapi sila abaikan rupa kerana rasanya amat-amatlah sedap. Aku dapat komen positif daripada jiran...katanya sedap sangat macam kedai kek Sweeden. Ngeh..ngeh. Biar jujur bila berkata-kata dik.... :-).

ni rupa setelah lama bertapa dalam peti sejuk.



No comments: