Wednesday, 27 March 2013

di Bukit Fraser - Part 2

Pasal apa nama bukit kat Malaysia nan indah ni jadi Bukit Fraser, bukan Bukit Dolah ke, atau Bukit Endut. Amboi... Sebenarnya nama bukit ni diambil sempena nama Louis James Fraser. Dia dipercayai hilang pada tahun 1910. Saper dia tu?  

Tak apalah diberi nama itu pon sebagai bahan sejarah saja.... sebabnya taulah kan, penjajah ni datang bukan saja2 kan kat tempat kita. Tapi sabar ye adik kakak, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita belajar dari sejarah, menuntut kemerdekaan dan pengisiannya bukannya senang. Makanya, tolong hargai kebebasan yang sedang dinikmati. Cewah... patriotiknya aku. Tapi betul kan?

 malam yang berkabus, adik kata bergabus dan siang yang cerah ceria... Kalau datang mesti ambik gambar kat jam ni sebagai salah satu mercu tanda Bukit Fraser. Kalau rajin, sila cari seribu perbezaanya. Gilos. HA...ha.

 Cantik. Pejabat Pos ini telah dibina sekitar tahun 1923. Ia adalah satu daripada  bangunan asal yang dibina oleh pihak British. Sebagai pengubat rindulah tu.

 semua bangunan di sini bentuknya ala2 Inggeris.
 
Klinik
 
Balai Polis Inggeris. Di puncaknya tertulis 1919 (tapi tak nampak dalam gambar sebab jurugambar tak pergi kursus). Aku buat firasat sendiri, mungkin bangunan polis ni dibina tahun tu...
hanya satu-satunya bangunan yang tak inggeris langsung. Kedai runcit india. Tapi landskap kat luar ala Inggeris lah. Mungkin majlis bandaran yang buatkan.

sebelum kami turun tahta ke tanah rata... he.
Masa turun baru jumpa, sebabnya naik ikut lain turun kut lain pulak. 
Jalan sehala beb...

Sebenarnya banyak acara menarik yang boleh dilakukan di situ, contohnya berkuda, trekking dan mengintai burung2 cantik dan pelik. Sebabnya aku terserempak dengan beberapa kumpulan mat saleh dan mat china yang asyik skodeng burung dengan kamera yang muncung panjanggg hinggakan aku dan rombongan nak lalu pon terpaksa interprem di celah2 mereka. Terkejut jugak aku, ingatkan meriam tadi...ha..ha. Tak percaya, boleh rujuk sini deh. http://www.flickr.com/photos/qoolens/4082540040/

Eh.,,, kata berminat nak ke Bukit Tinggi, tapi ngapa cerita pasal Bukit Fraser pulak?? TUNGGUU.........



No comments: