Wednesday, 27 March 2013

Jalan-jalan Fraser Hill - Part 1

Cuti sekolah dan berlalu sehari demi sehari. Nak ke mana bawa bebudak ni ayahnya wei... Encik Kamal hanya mengangkat bahu seraya berkata, ikut jerr. Makanya suatu pagi hari selepas makan pagi lebih kurang pukul sepuluh gitu, aku cuba riki2 cari dalam google tempat2 percutian yang menarik. Dalam banyak2 tu, aku tertarik sangat nak pergi ke Bukit Tinggi. Dapat pulak hotel diskaun 50%. Tapi sekarang sudah jam sebelas, sempat ke??

Lebih kurang pukul 12 tengah hari!!! aku sekeluarga bertolak. Perjalanan lebih kurang 5-6 jam. Lebih jauh dari Kuala Lumpur.  Tapi semangat aku memang kuat, matahari terpacak atas kepala bukannya halangan besar pon. Maka...misi diteruskan.

perjalanan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuh Raya Karak. Masuk simpang ke Bukit Fraser. Di perjalanan nampak ramai peniaga nangka madu. RM10 sekilo siap dibuang kulit. Rasanya sangat maanisss. Sedap sangat. Naik bukit tu, alamak jalan berliku-kilu, nama pon naik bukit kan...nak buat jalan lurus? nak bunuh diri... Selama lebih kurang 45 minit tu melengganglah kami anak beranak ke kiri dan kanan ambik said nak korner.

pabila nak sampai ke puncak, hujan turun sikit-sikit, tapi cukuplah untuk mencorakkan keretaku dengan corak huduh. ha.. Tak per,  balik nanti hantar servis di orang siap ngan basuh lah.

 
 dah nampak sainbok ni tapi cik gps tunjuk tempat lain.
cantiknya!!... betul ke aku tidur kat sini malam ni. Was-was jugak, kot2 bilikku terletak kat ceruk jamban ajer. Maklumlah diskaun banyak.

 
hai...ai nak cekin ni. Kaunter resepsen yang tak ada orang. Oh..rupanya dalam proses  renovate, sementara tu beroperasi nun di bawah sana.

aku chop yang paling bawah dengan harga 205.
tanpa berlengah adik terus try-acu-test. Apartmen ni selesa, tapi dalamnya sudah agak berusialah. Tapi biasalah tu...


Dalam duk sibuk mengacu try, tiba2 ternampak benda ni kat atas bendul beranda. Tak sempat ambik gambar, terus dia melarikan diri bersama2 anaknya. Maka mesejnya, kena tutup pintu dan tingkap sentiasa, takut ada hewan ni yang tumpang duduk tanpa bayar sewa. Naya...

pemandangan dari beranda. Cantikkk. Cuaca biasa jer. Tapi tidaklah panas.

No comments: