Wednesday, 3 October 2012

Yeah, Kolam Bajet Dah Posing

Akhirnya siaplah kolam mini idaman aku. Tak sabar2 rasanya nak letak pokok teratai yang sungguh cantik mendamaikan jiwa tu. Terima kasih wahai suami.

sebelum projek bermula. Baru tanda site. 
Berdebar2 jugak takut tak jadi sebab suami aku tu tak pernah main simen pasir ni...

selepas sebulan kemudian...  rasanya macam baru lepas minum air pepsi. 
Aahhhhh lega.


pabila dah jadi begini, AK masukkan air untuk testing. Apalagi dua orang budak tu segera bertukar jadi ikan paus. Gedebak gedebung dalam air simen. Jangan jadi batu sudahhh.

  buruh paksa import dari kampung... he, hai adik hai akak... jangan maree. Terima kasih sebab banyak menolong abah dalam cepatkan projek ni.

Sokongan kudrat daripada kakak. Takut lah abahnya semakin hitam kotnya. 
Sayang abah!! Payung tu aku dapat percuma dengan pembelian kopi super power tuh. Korang ader? Aku beli kopi iklan auw-auw tu pon sebab kebetulan ketika aku masuk kedai, hujan turun lebat bagai mutiara diragut...

shut yang teramat indah bagiku...

  oh teratai bunga indah... sila nyanyi ala Ramli Sarip dengan suara kahak2 gitu...kherkk. Apapon aku suka Ramli Sarip. Masa remaja dulu ada jugak beli kaset dia. Yang tiruan punya. ha..ha.

gubahan rindu puisi syahdu di pinggir kolam. Oh ya, untuk menjamin kesihatan aku sekeluarga serta jiran2, aku bubuh setengah baldi ikan guppy. Tak cerewet ikan ni... kecil dan lincah. Comel.

terima kasih... alhamdulillah.



No comments: