Somtam ke somtan? tak taulah yang sebenor namanya, kena tanya orang Siam le baru tepat. Suka tak makan benda made in Thailand nih... biasanya semua produk siam orang kita suka. Daripada makanannya, filem, pakaian, hiasan hinggalah ke orangnya.. Kalau warung or restoran tu ada orang Siam, maka berkerumunlah orang makan dan minum kat situ. Kat sini panggil pelayan mek siam.
Baru ni, makan somtam kat Besut, nama kedainya Restoran Putrajaya... eh? Yalah kat Besut pon ada Putrajaya tau! Somtamnya alahai sedaapp hingga tak terkata. Siap oder bungkus. Masa mek-mek tu tengah buat... sempatlah aku kerling2 tajam hinggakan anak dara tu nampak tak selesa. sorilah... saja2 je intai nak tengok sekret resepi.
Mula2 masukkan betik sagat ke dalam lesung kayu, pas tuh bubuh udang baring dalam 2 sudu besar. Cili, 2 sudu kacang tanah, gula cair berwarna putih kuning.... gula apa tuh? He... itu je lah yang sempat aku jeling, kerana makanan dah sampai.
Kat Seberang Takir pun ada satu kedai makan jual somtam yang best. Nama kedai tak hingat cuma letaknya bersebelahan ngan airport Sultan Mahmud. Tapi kuantitinya sikit sangat...........
Sekarang ni dok cari2 resepi nak buat som tam sendiri lah. Jumpa lah satu dua yang nampak sodap. Nanti pabila aku test drive dan best rasanya, aku masukkan resepinya. anganku, nanti pencen bolehlah aku bukak warung jual SOMTAM... he.
No comments:
Post a Comment