Hari Khamis / Rabu lepas aku terbaca tentang geng konvoi yang sanggup membelah jalan raya dari Kuala Lumpur ke Johor semata2 untuk makan mi Rebus Muar. Harga mi tu hanya RM4.50 kalau tak silap aku. Wahhh.. mesti sedap teramat mi Muar tuh. Meleleh pulaks air liyo.
Tapi kan aku pon angkat tangan tanda setuju dengan acara sebegitu. Walaupon banyak belanja yang habis di perjalanan berbanding acara utama yakni makan2 tapi ada kepuasan yang orang lain tak faham. betul tak geng?
Sebenarnya aku pon salah seorang yang suka jalan2 cari makan walaupun di luar daerah, tapi tidaklah sampai ke utara selatan lagi... mungkin suatu hari kalau jumpa geng2 yang sama hobi. Sebelum ni aku sekeluarga pernah out station untuk saja2 makan ikan celup tepung kat Pantai Ru 10, mihun sup perut kat Kota Bharu dan nasi air claypot kat Pahang.
Ramai kawan2 yang sinis saja pabila kuberitahu....
Pergi jauh2 untuk makanan yang tak sampai lima hinggit?? mesti diorang ingat itu kerja orang mereng... heh. Apapon aku tak kesah, sebabnya encik K ( nama manja baru untuk esben aku...) tu sekepala ngan aku. Sesuaaii.

Hari ni, aku meneruskan misi ke Besut untuk makan tengah hari dengan gulai ikan puyu, keli dan siput sedut. En. K dapat tempat ni melalui cerita kawannya. Masa dia cerita kat aku kelmarin, tak muat air liur dalam mulut. Teruja sangat lah tu. Aku ni bukan suka pon sangat tapi sebagai isteri yang budiman kononnya... pagi2 dah siap untuk aktiviti riadah ke haper nak panggilnya.....
inilah rupa paras ikan puyu yang membuatkan en. K tak lena tido...
Ha..ha... tapi kan pabila sampainya kat situh, ada beberapa kedai makan lah pulak. Kedai yang mana eh?? Lama jugak kami bertafakur dalam kereta untuk memilih gerai yang mana sambil2 membaca banner. Sama je menunya. Arhhh...akhirnya kitaorang ambil keputusan nekad... masuk gerai nombor 1.
Bismillahirrahmanirrahim...
pabila kami masuk jer, begitu mesra tuan kedai melayan. K tanyakan gulai ikan puyu ada ke tak?? tapi tak dijawab2 sebaliknya sibuk beritahu tentang aneka masakan ikan pating. Putus selera. Tanyakan adik dan kakak, demer tuh nak makan mihun tom yam... makanya aku dan K hanya nengok saja anak2 makan.

Sampai ke sudah hari ni, kami tak dapat makan menu idaman hati. Tapi tak per ah, sebab dapat meronda sampai kat Pasar Siti Khadijah sambil beli limau Bali. Lain kali kita cari gulai ikan puyu sampai dapat yer bang... SIAPLAH ENGKAU WAHAI SI IKAN PUYU YANG TAK KUYU !!
No comments:
Post a Comment