Wednesday, 31 October 2012

Aku Kena Saman

Hari Raya Korban makanya ramai yang berkorban lembu kerbau untuk mendapat lebh keredaan-Nya. Aku pon turut serta berkongsi rezeki dengan orang lain. Tapi aku bukan nak cerita tentang itu.

Alkisahnya pada hari raya pertama tu, aku berkampunglah kat rumah mak aku. Tetibernya aku ternampak dua keping surat bernamakan aku. Selamba ajer aku koyak sebab pada firasat aku mestilah ini surat2 tentang kad kedit. Menyampah... cukuplah aku satu kad kedit jer, bukannya aku banyak benda yang nak dibeli sebab gaji aku bukan banyak pon. Alahai...

Apabila terbukaklah surat itu, aku menjadi heran dan pelik? eh.. macamana gambar kereta aku masuk dalam surat cinta ini?. Tak paham tak paham. Tapi.....oh! rupanya surat kerajaan untuk aku. Aku kena saman oooi. Dua lagi. Satu masa pergi dan satu lagi masa balik. Pergi jam 9.30 pagi dan balik jam 10.30 pagi, lebih kurang. Arrghh tak sesuai... hati aku memberontak. Ngapa polis tu tak tahan saja aku masa tu? jika ditahan dan disaman , maka tidaklah aku disaman lagi masa pulang dalam jangka masa satu jam saja. Musykil sangatt.

Malas ah nak berleber kat sini. Nampak gayanya, kopak lah aku bulan ni.



No comments: