Monday, 15 October 2012

Kisah Aku dan Siri Bercakap Dengan Jin

Masa aku nan remaja, aku sangat suka baca kisah2 seram terutamanya siri Bercakap Dengan Jin yang diterbitkan majalah Variasari.... kalau tak salah. Aku sangat kagum dengan Tamar Jalis yang berjaya menulis siri-siri tersebut dengan begitu real dan plot yang tersusun kemas. Cewah... macam pengkritik buku lah pulak. Aku kuat berpendapat  bahawa beliau mengalami sendiri peristiwa2 yang ditulis.

Adalah suatu hari tu, aku dapat koleksi penuh buku bercakap dengan jin ini. Pinjam daripada kawan yang sama kepala. Nak tahu? malam tu jugak aku habiskan sampai pukul dua tiga pagi. Barulah puas hati. Tapi, timbul pulak problem baru, mata menjadi keras tak dapat tidur. Asyik ternampak2 hantu-hantu ilustrasi. Macam ada2 saja makhluk tu di sekeliling aku. Peluh dingin mulai membasahi diri.

Untuk menenangkan diri, aku bacakan semua ayat2 Quran yang aku ingat.... tapi tak banyakpun yang aku hafal.... akhirnya terlelap jugaklah. Semenjak hari tu, aku dah serik nak baca cerita seram bersungguh-sungguh hingga ke lewat malam.

Hingga sekarangpun aku suka cerita seram. Tapi tidak lagi membaca.... kan dekat tivi melambak2 cerita hantu. Segala macam hantu digambarkan hingga menjadi kelakar.. Gara-gara terlalu banyak, ketakutan pada hantu menjadi tawar sudah. Kadang2 terpikir... bagus jugak banyak sangat sangat visual hantu nih hinggakan budak2 pon dah tak gerunkan hantu lagi. Siap boleh gelak tengok cerita hantu.

Masih diingat lagi, waktu mula2 ada VCD, Cd cerita hantulah yang sering aku tanyakan di gerai cd kat pasar malam ( cetak rompak... sebab tak der duit nak beli yang ori. Lagipon masih tak der kesedaran sivik tentang harta benda orang ). Dapatlah cerita2 seram yang mengarut campur lucah.... tak senonoh betul. Nak tengok kena jadi Lembaga Penapis Filem dulu, takut terlepas ke mata anak2....




No comments: